
Wartawan: Asyraf Kosnan (Jurugambar: Abdullah Fahmi)
KAHERAH, 14 Februari: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan jutaan tahniah buat seluruh mahasiswa mahasiswi tahun akhir fakulti perubatan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di beberapa universiti di sekitar Mesir.
Terkini, pengumuman keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti melalui laman web rasmi fakulti perubatan universiti tersebut semalam. Seramai 97 orang mahasiswa Malaysia telah berjaya menduduki peperiksaan tersebut sejak dua minggu yang lalu.
Tidak ketinggalan juga, berikut merupakan sebahagian anggota ISMA Mesir yang turut berjaya memperoleh ijazah sarjana muda kedoktoran (MBBCh) dalam bidang perubatan di universiti masing-masing.
Universiti Kaherah
Universiti Ain Shams
Universiti Mansurah
Universiti Iskandariah
Selain itu, dalam senarai pencapaian mahasiswa Malaysia tahun ini, saudari Sakinah binti Mohd Kamil telah berjaya merangkul kedudukan ketiga keseluruhan dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Universiti Kaherah.
Saudari Noor Afifah binti Said pula telah memperoleh kedudukan kedua dengan pointer 3.875 daripada Universiti Iskandariah.
Manakala, saudari Dhamirah Nazihah binti Mohd Nasiruddin pula dengan peratusan sebanyak 80.46% peratus telah meletakkan beliau pada kedudukan kesembilan keseluruhan dan merupakan mahasiswi Malaysia terbaik dari Universiti Mansurah.
Dengan itu, ISMA Mesir berharap agar kecemerlangan ini mampu diteruskan dan menjadi motivasi kepada seluruh ahli ISMA Mesir untuk terus cemerlang demi ummah.