
KAHERAH, 18 Oktober: Satu rombongan warganegara Malaysia telah melawat rumah tinggalan As-syahid Imam Hassan al-Banna di bandar asal beliau, Mahmudiyah yang terletak di Buhairah. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan mengenali kehidupan tokoh tersebut dengan lebih mendalam.
Mereka telah menemubual beberapa orang penduduk setempat di situ serta berjumpa sendiri dengan pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin di bandar tersebut untuk mengenali beliau yang lahir pada 14 Oktober 1906.
Rombongan tersebut turut disertai oleh Tuan Abdul Latip bin Talib, penulis novel sejarah Islam dan Cik Puan Azzah Abdul Rahman Jurulatih Akademi HERO. Tiga lagi ialah mahasiswa Universiti Al-Azhar warganegara Malaysia iaitu, Buraidah Al-Aslami bin Rushdan, Ahmad Fahmi bin Abdullah dan Mu’awwiz Al-Ansari bin Dzulkefly.
Mereka telah disambut oleh wakil pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Ikhwan Muslimin cawangan Mahmudiyah iaitu Mustafa Abu Al-Naja Al-Hizb, Tariq Solah, Mahmoud Albasusa dan Ayman al-Khater.
Sumber: ikhwanonline