Usrah Umum Iskandariah : Mengupas Pengertian Islam Dengan Lebih Dekat.

 Usrah Umum Iskandariah : Mengupas Pengertian Islam Dengan Lebih Dekat.

 

Wartawan : Nur Liyana Sulaiman

ALEXANDRIA, 10Mac -Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah. Dengan tujuan meluaskan lagi skop tarbiyah di Iskandariah, akhwat ISMA-Iskandariah telah  membawakan satu pendekatan baru dengan mengadakan sebuah program  yang dinamakan ‘Usrah Umum’. Program ini bertujuan untuk memberi  peluang kepada lebih ramai mahasiswi di Iskandariah mengikuti usrah dan  memahami   Islam dengan lebih mendalam.

‘Usrah Umum’ yang julung-julung kalinya diadakan ini, akan diteruskan  dan bakal menemui warga Iskandariah dua minggu sekali dengan membawakan tajuk Asas Kefahaman Islam dan disampaikan oleh saudari Nur Fatin binti Halil, pelajar Master Syariah Darul Ulum .

 Terdapat juga slot-slot yang menarik seperti slot kewanitaan yang membincangkan persediaan pra-perkahwinan dan juga slot ‘Tahukan Anda’ yang mengupas isu Lahad Datu. Slot-slot ini diadakan bertujuan untuk melahirkan mahasiswi yang luas ilmu pengetahuan dan sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Program ini bermula jam 6.30 petang  dan bertempat di Beit Hikmah, Sporting. Kehadiran yang seramai 40 orang memberikan suatu permulaan yang baik dan diharap program seperti ini akan terus berjalan bagi memluaskan kefahaman Islam dalam kalangan mahasiswi di Mesir.

Comments

comments

ISMAMESIR