Blog ISMA Mesir

3 Aktivis Isma Mesir Terima Anugerah 5 Teratas Kecemerlangan Markah Keseluruhan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Al-Azhar

 

IMG_20170320_161054IMG_20170320_161056IMG_20170320_161052

KAHERAH, 19 Mac – Kecemerlangan 3 orang aktivis Isma Mesir yang telah berjaya mendapat tempat dalam senarai 5 teratas kecemerlangan markah keseluruhan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Al-Azhar seharusnya dijadikan inspirasi dan pencetus semangat bagi mahasiswa dan mahasiswi lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, khususnya dalam bidang akademik.

3 orang mahasiswa tersebut iaitu Muhammad Hatta Bin Hamzah, Ahmad Uzsair Umair Bin Mohamad Johar, dan Muhammad Izzuddin Bin Abdul Kadir masing-masing telah menduduki tangga kedua, ketiga dan keempat dalam senarai tersebut bagi kategori lelaki dalam Majlis Graduasi Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar 2017 di Dewan Muhd Abduh, Kaherah semalam.

Muhammad Hatta Bin Hamzah, Mantan Pengerusi I-Medik Mesir sesi 2015-2016 yang berjaya merangkul tempat kedua dalam senarai tersebut telah menasihati seluruh mahasiswa dan mahasiswi Mesir agar sentiasa memperbaharui niat dan tujuan keberadaan di Mesir serta menyusun masa dengan sebaiknya.

Selain itu, 6 orang aktivis Isma Mesir yang lain turut berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang yang sama.

Gamabr dari kiri: Muhamad Hatta Bin Hamzah (Kedua), Ahmad Uzsair Umair Bin Mohamad Johar (Ketiga), Muhammad Izzuddin Bin Abdul Kadir (Keempat)

Comments

comments

Share

Artikel Terkini