Takemataci Rungkai Kekeliruan Terhadap ISMA

 Takemataci Rungkai Kekeliruan Terhadap ISMA

IMG_9896

MADINAH NASR, 23 Mac : Bertepatan dengan seruan keterbukaan, ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah mengadakan sebuah program yang digelar Takemataci  (Tak Kenal Maka Tak Cinta). Program tahunan ini telah diadakan semalam di Kafetaria Wisma Sri Melaka bertujuan mempromosikan ISMA Mesir kepada mahasiswa dan mahasiswi di samping merungkai segala persoalan yang membusung terhadap persatuan tersebut.

Takemataci kali ini menampilkan panelis-panelis hebat daripada pimpinan ISMA Mesir. Mereka merupakan Ustaz Umar Farouq Bin Morhalim penuntut Kuliyah Syariah selaku Bendahari Kehormat ISMA Mesir serta Ustaz Abdul Rahman Raji daripada Kuliyah Usuluddin merangka EXCO Media dan Penerangan ISMA Mesir, kedua-duanya daripada Universiti Al-Azhar Kaherah serta Doktor Zaidatul Husna, graduan jurusan perubatan Universiti Kaherah. Turut memeriahkan program ialah tuan moderator Ustaz Azwan Bin Anwar mahasiswa di Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah.

Dalam ada itu, sejarah penubuhan serta segala pengenalan asas tentang ISMA Mesir telah diceritakan semula oleh para panelis. Prinsip-prinsip dan 4 seruan ISMA Mesir iaitu beragenda, keterbukaan, kualiti dan kesepakatan juga telah dibentangkan. Para panelis juga telah menerangkan pakej-pakej pembinaan peribadi Muslim yang ISMA Mesir tawarkan dan bentuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

Takemataci menjadi hangat apabila para hadirin yang hadir tampil mengemukakan persoalan-persoalan yang sekian lama terpendam berkenaan ISMA. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah peranan ISMA dalam politik negara, pembawakan sistem pembangunan modal insan dalam ISMA, pendekatan ISMA dalam menyelesaikan masalah masyarakt dan isu taadud jamaah.  Namun begitu, para panelis berjaya meleraikan segala kekesutan tersebut dengan hujah yang matang.

Sukacitanya, Takemataci telah berjaya menarik perhatian ramai mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai latar belakang jurusan pendidikan mahupun persatuan. Program berbentuk forum dan sesi dialog tersebut yang pada asalnya diadakan di Surau Wisma Seri Melaka terpaksa berpindah ke ruangan kafeteria bagi member laluan kepada alunan bacaan Qasidah yang diadakan oleh badan kebajikan rumah negeri itu. Walaubagaimana pun, Takemataci tetap berjalan lancar dan bermula tepat pada waktu yang dijadualkan.

Takemataci telah melabuhkan tirainya dengan persembahan mantap lagi merdu suaranya oleh kumpulan nasyid rasmi ISMA Mesir, Fetya yang telah memperdengarkan nasyid Munajat serta nyanyian lagu rasmi ISMA.

IMG_0075-tile

Comments

comments

admin