Bola Menifestasi Tenaga Pemuda

 Bola Menifestasi Tenaga Pemuda

image

 

 

WAFA’ AMAL, 30 November : “Pemuda mempunyai potensi tenaga yang besar maka amat rugi jika ia dibazirkan dengan perkara-perkara remeh dan tidak bermanfaat” kata Ustaz Ahmad Farhan Bin Selamat setiausaha ISMA Mesir dalam ucapan penutup beliau pada ijtima’ syahrie (perjumpaan bulanan) hari ini. Menurut beliau lagi ketangkasan serta kelicikan para pemuda semasa bermain bola melambangkan tenaga dan keupayaan yang ada pada pemuda berbanding golongan berumur.

Jika perjumpaan bulanan yang lepas bertemakan jamuan pot-luck maka kali ini ia bertemakan liga futsal yang diadakan di padang rekreasi tentera Wafa’ Amal dekat Madinah Nasr yang bermula daripada jam 6 petang hingga jam 8 malam.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya lapan kumpulan yang merangkumi 14 rumah ahli ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr dan para mutazawijin (sudah berkahwin) menyertai liga futsal tersebut. Pada akhir permainan tempat johan berjaya disandang oleh kumpulan Iman Saadah, gabungan rumah Villa Saadah dan rumah Qasrul Iman manakala naib johan pula digarap oleh kumpulan mutazawijin yang kebanyakannya terdiri daripada barisan JKP ISMA Mesir sendiri.

 

Wartawan : Syafiq Wan Hazmy

Comments

comments

admin