Takziah Kepada Anak Perajurit Negara, Saudari Amira Shahira Ibrahim

 Takziah Kepada Anak Perajurit Negara, Saudari Amira Shahira Ibrahim

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir

ISMA-Mesir mengucapkan takziah buat  saudari Amira Shahira Ibrahim, pelajar perubatan tahun 1, Universiti Zagaziq dan keluarga atas kehilangan bapanya, Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar baru-baru ini. Bapanya merupakan salah seorang perajurit yang syahid ketika menghadapi pertempuran melawan pencerobohan dari Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Kami berdoa agar saudari Amira Shahira dan sekeluarga tabah dalam melalui ujian yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya yang beriman. Semoga Allahyarham termasuk dalam golongan yang syahid dalam mempertahankan negara di sisi Allah.

Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 pada 02/03/2013.

Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, menjelaskan syahid dikategorikan sebagai syahid dunia akhirat dan syahid akhirat. Mereka yang terkorban kerana berjuang mempertahankan agama Allah tergolong dalam golongan syahid dunia akhirat. Sumber: Berita Harian

 

 

Comments

comments

ISMAMESIR