Blog Isma Mesir

Lapan Aktivis Isma Mesir Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda, Dua Raih Jayyid Jiddan Martabat Syaraf di Universiti Al-Azhar

January 5, 2026

KAHERAH, 24 Disember 2025 – Seramai 8 aktivis akhawat Isma Mesir telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar. 2 daripadanya berjaya merangkul pangkat Jayyid Jiddan Martabat syaraf dan seorang lagi berpangkat Jayyid Jiddan.

Senarai graduan adalah seperti berikut:

Kuliah Syariah Islamiah:

1. Aishah Binti Noor Azizi
PANGKAT: Jayyid Jiddan Martabat Syaraf

2. Nurnasyirah Binti Mohd Zainal Abidin
PANGKAT: Jayyid Jiddan Martabat Syaraf

3. Nur Syukrina Aqilah Binti Mohd Noor
4. Siti Aishah Binti Mohd Rafee
5. Nusaibah Binti Mohd Zulkifli
6. Nur Hayati Binti Haris
7. Maryam Nafisah Binti Shaharuzzaman

Kuliah Ulum Islamiah:

1. Aisyah Binti Mohd Mokrim
PANGKAT: Jayyid Jiddan

Graduan Isma Mesir bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga menunjukkan akhlak dan disiplin serta menjadi qudwah sesama mahsiswi di Mesir.

Pencapaian ini mencerminkan usaha konsisten ahli Isma Mesir dalam menguasai disiplin ilmu yang memerlukan komitmen mendalam serta keupayaan intelektual yang tinggi, di samping membawa simbolik penyatuan nilai ulung Ummah Fadhilah, komuniti yang beradab serta memikul amanah ilmu dalam membentuk generasi unggul.

Kejayaan 8 graduan ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Isma Mesir dalam membentuk ketokohan ulama, serta melahirkan generasi muda yang berautoriti dalam ilmu, matang dalam memberi pandangan dan bersedia memimpin masyarakat dengan hikmah.

Isma Mesir berharap pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam usaha melahirkan generasi ilmuwan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Penuntut Ilmu : Mujahidin & Muhajirin

Apa itu hijrah? Peristiwa penting dalam sirah Nabi, merupakan perpindahan umat Islam secara besar-besaran dari Mekah menuju ke Madinah. Berlaku pada tahun ke-13 kenabian. Melalui hadis ini, sabda Nabi SAW…
Baca Lagi