Blog Isma Mesir

6 Aktivis ISMA Mesir Bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar

November 26, 2025

KAHERAH, 12 November 2025 — Seramai 6 aktivis ISMA Mesir diraikan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam majlis konvokesyen anjuran Education Malaysia Egypt (EME) bertempat di Al-Manara International Conference Centre pada 1 November 2025.

Senarai graduan adalah seperti berikut:

Kuliah Syariah Islamiah;
1. Mus’ab Bin Omar (Pangkat Jayyid Jiddan)
2. Nazhif Fikri Bin Rahmad
3. Usaid Bin Zaidi
4. Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli
5. Ammar Zikri Bin Shaharuzzaman
6. Ahmad Munir Bin Mohd Luttfi

Graduan ISMA Mesir bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga menunjukkan akhlak dan disiplin serta menjadi qudwah sesama mahsiswa di Mesir.

Pencapaian ini mencerminkan usaha konsisten ahli Isma Mesir dalam menguasai disiplin ilmu yang memerlukan komitmen mendalam serta keupayaan intelektual yang tinggi, di samping membawa simbolik penyatuan nilai ulung Ummah Fadhilah, komuniti yang beradab serta memikul amanah ilmu dalam membentuk generasi unggul.

Kejayaan 6 graduan ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan ISMA Mesir dalam membentuk ketokohan ulama, serta melahirkan generasi muda yang berautoriti dalam ilmu, matang dalam memberi pandangan dan bersedia memimpin masyarakat dengan hikmah. 

ISMA Mesir berharap pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam usaha melahirkan generasi ilmuwan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini