Blog Isma Mesir

BERITA | Kelas Tutorial Ammiyah Masriah (TAMAR 2025) : Kuasai Asas Dialek Arab Mesir

November 9, 2025

KAHERAH, 7 November 2025 – Sebuah kelas intensif bahasa Arab Mesir TAMAR 2025: Kelas Tutorial Ammiyah Masriah telah berjaya dianjurkan oleh ISMA Mesir dengan kerjasama Dar Hikmah Edu Consult dan Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).

Seramai 25 orang mahasiswa telah menyertai TAMAR 2025 yang diadakan di Dewan Asrama Anak Kenyalang, Hayyu Asyir. Penganjuran kelas ini bertujuan membantu para pelajar memahami dan menguasai bahasa Ammiyah Masriah, iaitu dialek Arab tempatan yang digunakan secara meluas dalam urusan harian di Mesir.

Sesi pembelajaran bagi mahasiswa disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fathi Bin Mohd Fadzli, graduan Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, manakala bagi mahasiswi pula disampaikan oleh Ustazah Maryam Nafisah Binti Shaharuzzaman, juga graduan Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Dalam ucapan wakil Jawatankuasa ISMA Mesir, Ustaz Amirul Hadif bin Ab Rahman Thobroni, penguasaan bahasa Ammiyah amat penting bagi mahasiswa asing agar lebih mudah berinteraksi dengan masyarakat tempatan, memahami budaya setempat, serta memanfaatkan peluang dakwah dan ilmu sepanjang berada di bumi Mesir.

Melalui penganjuran TAMAR 2025, ISMA Mesir berharap seluruh mahasiswa terus termotivasi untuk mendalami bahasa Arab secara menyeluruh bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam kehidupan seharian sebagai penuntut ilmu di bumi para anbiya’.

#IsmaMesir
#TAMAR2025
#AmmiyahMasriah
#BahasaArabMesir

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini