Blog Isma Mesir

Al-Qosdu Al-Mujmal: Pesan Ustaz Syamil Esa dalam Riadah Jumaat

October 4, 2025

Alhamdulillah, riadah mingguan kali ini berlangsung dengan penuh keceriaan dan ukhuwah. Kehadiran ikhwah bukan sahaja memeriahkan suasana, bahkan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan dalam suasana santai dan mesra.

Riadah turut diserikan dengan tazkirah daripada Ustaz Syamil Esa yang menekankan bahawa penghujung sesuatu perkara adalah apa yang kita niatkan dari awal. Beliau menjelaskan konsep al-Qosdu al-Mujmal, iaitu satu niat yang ijmali dan merangkumi semua apa yang kita mahukan.

Beliau mengingatkan, kenapa kita mengaji di sini? Jika cara kita sama sahaja dengan orang lain di luar Mesir, maka perbezaannya tidak akan ketara.

Hakikatnya, Mesir bukan semata-mata tempat untuk belajar, tetapi ada misi yang lebih besar iaitu meletakkan objektif untuk menjadi ulama. Dengan niat yang menyeluruh (Al-Qosdul al-Mujmal), ia akan dihitung oleh Allah SWT, insyaAllah.

Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan kita, dan memberikan kekuatan untuk memanfaatkan nikmat ini di jalan yang diredhai-Nya. InsyaAllah, kita bertemu lagi dalam riadah yang seterusnya. ✨

#IsmaMesir
#RiadahJumaat
#JiwaKuatPimpinMasyarakat

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Selamat Berjuang dan Berbakti Di Tanah Air

KAHERAH, 15 Januari – Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti…
Baca Lagi

Penuntut Ilmu : Mujahidin & Muhajirin

Apa itu hijrah? Peristiwa penting dalam sirah Nabi, merupakan perpindahan umat Islam secara besar-besaran dari Mekah menuju ke Madinah. Berlaku pada tahun ke-13 kenabian. Melalui hadis ini, sabda Nabi SAW…
Baca Lagi