Blog Isma Mesir

KOMUNITI | Lahirnya Anak Solehah, Serikandi Perjuangan

September 26, 2025

Kaherah, 20 September 2025 – Tepat jam 9.15 pagi, pasangan Ustaz Aqil bin Zamani, Pengerusi Isma Mesir 2025, dan isterinya Ustazah NorHijah binti Mohd Rofi, telah dikurniakan cahaya mata kedua, seorang mujahidah seberat 3.3 kilogram, di Hospital Al-Judy, Abbas Akkad.

‎بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبةِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا

“Semoga Allah memberkatimu atas kelahiran anak kepadamu. Kamu telah bersyukur kepada Sang Pemberi, semoga dia membesar dewasa dan kamu dikurniakan akan kebaikannya.”

Di tengah perjuangan di perantauan, kelahiran puteri kecil ini bagaikan cahaya masa depan yang menyinari langkah pasangan ini untuk terus teguh di medan dakwah dan tarbiyah.

Moga Allah mengurniakannya sifat serikandi solehah yang berani mempertahankan agama, membesar dengan iman dan ilmu, menjadi penyejuk mata kedua ibu bapanya, serta penyambung perjuangan ummah pada masa hadapan.

#IsmaMesir
#MujahidahUmmah

Kongsikan artikel ini :

Artikel Terkini

Selamat Berjuang dan Berbakti Di Tanah Air

KAHERAH, 15 Januari – Selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Al-Azhar, Ustaz Ammar Zikri bin Shaharuzaman kini melangkah pulang ke tanah air bagi meneruskan perjuangan dan khidmat bakti…
Baca Lagi

Penuntut Ilmu : Mujahidin & Muhajirin

Apa itu hijrah? Peristiwa penting dalam sirah Nabi, merupakan perpindahan umat Islam secara besar-besaran dari Mekah menuju ke Madinah. Berlaku pada tahun ke-13 kenabian. Melalui hadis ini, sabda Nabi SAW…
Baca Lagi