
Telah berlangsungnya acara “Fun Walk Merdeka” yang dianjurkan oleh Wanita ISMA Mesir, pada hari Ahad, 24 Ogos 2025, bertempat di Hadiqah Lotus Hayyu Sabik, Madinat Nasr, Kaherah.
Acara tersebut diceriakan dengan pelbagai aktiviti antaranya; Briskwalk Challenge 3km, Mewarna Batik, Kuiz Merdeka, Sharing “Recharge Iman Talk”.
Rasulullah s.a.w bersabda:
ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ
“Aku tidak temui negeri yang lebih baik dari engkau (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi dari Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraysh) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).
Sifat cintakan tanahair ini dilihat berlaku secara konsisten setelah Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah. Baginda bersungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dikalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.
Semoga kemerdekaan yang ke-68 ini membawa seribu satu makna perjuangan buat kita rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan identiti bangsa Melayu dan Islam dari sebarang fahaman ideologi kebaratan.