Wartawan: Adila Syazwan SAYEDA ZAINAB, 22 Februari: ”Islam adalah agama yang syumul dan Allah yang melengkapkan Islam untuk umat manusia. Pengetahuan tentang agama Islam yang sebenar penting bagi setiap orang agar mereka sedar ancaman musuh-musuh Islam yang semakin menular masuk secara halus dari pelbagai sudut,” ucap wakil Jawatan Kuasa Pusat ISMA-Mesir, Ustazah Khairah Abdul Halim […]BACA LAGI
Wartawan: Nur Amalina Halil MADINAT NASR, 22 Febuari: Bertemakan ‘Embracing Sisterhood For Muslimah Power’, Ijtima’ Syahrie telah dijalankan di Dewan Jating, Hayyu Asyir. Menariknya program kali ini telah menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Pihak penganjur yang diketuai oleh saudari Nur Fatin Kamaluddin telah menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu […]BACA LAGI
Wartawan: Saiful Hafizi Johari AIN SUKHNA, 22 Februari: Mengimani kekuatan ukhuwah adalah antara kekuatan yang paling ampuh selepas kekuatan akidah, ISMA Sayeda Zainab telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Rehlah ISMA Sayeda Zainab. Program ini diadakan untuk meraikan ahli-ahli yang baru sahaja menamatkan pelajaran perubatan di Universiti Kaherah disamping menjadi medium perkongsian diantara peserta yang […]BACA LAGI
Wartawan: Hatta Hamzah SUEZ, 22 Februari: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. Demi merealisasikan hasrat tersebut, ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah menganjurkan program rehlah ukhawi yang telah berlangsung di pantai Ain Sukhna, Suez petang tadi. Program yang melibatkan […]BACA LAGI
Wartawan : ‘Atiqah Mohamed Ayob (Jurukamera : Aishah Kamilia Hani Rosli) MADINAT NASR, 17 Februari : Disamping kemajuan teknologi seperti SAMSUNG, Korea turut dikenali dengan sikap masyarakatnya yang berdaya saing, menepati masa, tekun, konsisten dan tersusun. Itulah antara yang dikongsikan oleh saudari Iffah Fadhilah, mahasiswi Seoul University Korea, kepada mahasiswi Kaherah yang menyertai ‘Saranghaeyo’ di […]BACA LAGI
Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir (Jurugambar: Nur Aisyah Mohd Idrus) SAYEDA ZAINAB, 18 Februari: “Tujuan utama MUIS (Majlis Ulama ISMA) mengadakan kelas bermodul adalah untuk mengajar asas syariah islamiah kepada pelajar-pelajar jurusan perubatan di Mesir.” Begitulah objektif yang diucapkan oleh saudari Madiha Ahmad, pelajar lepasan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan penceramah yang dijemput untuk […]BACA LAGI
Wartawan: Ahmad Akmal Aziz (Jurugambar: Muhammad Luqman) MANSURAH, 14 Februari: ISMA Mesir cawangan Mansurah menganjurkan program Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung dengan menjemput semua pelajar di Mansurah sama ada perubatan, farmasi, pergigian mahupun pengajian islam selari dengan objektif program. Program yang berlangsung selama 2 jam setengah, bertempat di Masjid Al-Amin telah berlangsung pada jam lapan malam […]BACA LAGI
Wartawan: Hatta Hamzah (Jurugambar: Ibrahim Mohd Azran) MADINAH NASR, 16 Februari: Bersesuaian dengan temanya, Majulah Sukan Bina Ummah, Unit Sukan ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah menganjurkan Karnival Sukan ISMA Mesir (KASIM) 2013 dengan kerjasama Unit Dakwah cawangan berkenaan. Selari dengan seruan ke arah meraikan keterbukaan antara pelajar di samping melahirkan insan yang seimbang dalam segenap […]BACA LAGI
Wartawan: Adila Syazwan SAYEDA ZAINAB, 13 Februari: Bertempat di Masjid Hasyimiah, ISMA-Mesir cawangan Sayeda Zainab menganjurkan program Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKEMATACI) dengan menjemput semua wakil-wakil persatuan di Sayeda Zainab iaitu PERUBATAN, IKRAM dan HALUAN selari dengan objektif program. Tiga objektif utama program yang dijelaskan oleh saudara Muhammad Amer Dad Zulkifli, wakil Unit Pengkaderan […]BACA LAGI
Wartawan: Asyraf Kosnan (Jurugambar: Abdullah Fahmi) KAHERAH, 14 Februari: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan jutaan tahniah buat seluruh mahasiswa mahasiswi tahun akhir fakulti perubatan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di beberapa universiti di sekitar Mesir. Terkini, pengumuman keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti […]BACA LAGI