Dua Ahli ISMA Mansurah Berjaya Bergelar Doktor Perubatan

Wartawan: Mohd Khairil Alias (Jurugambar: Fawwaz) MANSURAH, 9 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah mengucapkan jutaan tahniah buat Dr Ibrahim bin Zuleffendi dan Dr Abdul Hakim bin Mohd Hamsari atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan jabatan konvensional di sini kelmarin. Majlis graduasi yang bertempat di Paedatrics Conference Hall itu bermula jam 9 pagi dan berakhir […]BACA LAGI

Takziah Kepada Anak Perajurit Negara, Saudari Amira Shahira Ibrahim

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir ISMA-Mesir mengucapkan takziah buat  saudari Amira Shahira Ibrahim, pelajar perubatan tahun 1, Universiti Zagaziq dan keluarga atas kehilangan bapanya, Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar baru-baru ini. Bapanya merupakan salah seorang perajurit yang syahid ketika menghadapi pertempuran melawan pencerobohan dari Filipina di Lahad Datu, Sabah. Kami berdoa agar saudari Amira Shahira dan […]BACA LAGI

JKP ISMA-Mesir Hadiri Mesyuarat Tahunan ISMA 2013

Wartawan: Syafiq Wan Hazmy KAHERAH, 6 Mac: Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat diiringi oleh Exco Media dan Penerangan ISMA Mesir, Huzaifah Bin Md Nor telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ISMA kali ke-13 pada 23 Februari yang lepas. AGM kali ini telah berlangsung di Auditorium Wisma Ungku Aziz, Petaling […]BACA LAGI

Tahniah Buat Pasangan Mempelai ISMA Mesir

Wartawan: Saiful Hafizi Johari “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan keturunan kami sebagai perkara yang menyukakan hati apabila melihatnya dan jadikanlah kami imam sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Furqan:74) Dengan sukacitanya, warga ISMA Mesir mengucapkan selamat pengatin baru dan tahniah kepada pasangan-pasangan pengantin : Huzaifah bin Md. Nor dan Siti Farhah bt Mat Tahir, […]BACA LAGI

Insiden Lahad Datu: Isu Kedaulatan Negara

Oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin, Tahun 5 Perubatan, Universiti Tanta. Baru-baru ini kepulauan Borneo tanah air menyaksikan peristiwa berdarah yang mengorbankan dua perajurit negara dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh dari Filipina. Penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai ‘waris Kesultanan Sulu’ tersebut berlayar ke Negeri Di Bawah Bayu dengan misi untuk menuntut semula tanah […]BACA LAGI

Takziah Atas Pemergian Adel Mohd Noor

Wartawan : Amirul Ismail MADINAH NASR, 3 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adel Mohd Noor atas pemergian allahyarham ke pangkuan Ilahi. Allahyarham Adel Mohd Noor yang merupakan pelajar tahun empat pengajian perubatan Universiti Al-Azhar disahkan meninggal dunia di rumahnya sendiri di Gami’, Hayyu ‘Asyir. Hasil bedah siasat yang dilakukan […]BACA LAGI

Semai Kefahaman Islam Tulen, Tujuan Utama Dakwah ISMA

Wartawan:Ahmad Fuad Jamil (Jurugambar:Abdul Hakim Hamsari) MANSURAH, 24 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mansurah berjaya menganjurkan program ijtima shahrie yang dihadiri oleh 40 orang ahli di sini. Program bulanan kali ini mengketengahkan konsep melayu kampung dengan semua hadirin hadir dengan persalinan lengkap kain sarung, baju melayu dan songkok sebagai tema pakaian pada majlis ini. Majlis […]BACA LAGI

ISMA Mansurah Menyemai Amalan Dakwah Jalanan

  Wartawan : Aiman Mohamed (Jurugambar : Zul Azri)  Mansurah, 21 Februari: Ikatan Muslimin Mesir (ISMA) cawangan Mansurah telah melancarkan kempen kafilah dakwah di sekitar kawasan Syaima’ dan Istad Gamaah dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat berjemaah di masjid di samping mempromosikan Usrah Umum Mansurah. Program ini juga bertujuan untuk melatih ahli ISMA […]BACA LAGI

Bentuk Kefahaman Batas Pergaulan Menurut Acuan Syarak

Wartawan: Hatta Hamzah (Jurugambar: Wan Ahmad Izzat) MADINAH NASR, 24 Februari: “Hukum asal muamalah antara lelaki dengan wanita adalah terlarang. Hal ini demikian apabila ulama melihat banyak hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh wanita itu untuk tidak bertemu dengan lelaki. Baginda S.A.W. juga seringkali mengingatkan isteri-isteri baginda tentang perkara ini melalui ayat-ayat Al-Quran seperti, […]BACA LAGI

Pembinaan Generasi Harapan Perlukan Pemimpin Berkualiti

  Wartawan : Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar : Ibrahim Mohd Azran) MADINAH NASR, 23 Februari 2013 : Dibawah pengelolaan Biro Akademik dan Latihan ISMA-Mesir, Kursus Kepimpinan Pusat telah dijalankan. Kursus yang berbentuk bengkel tersebut dihadiri oleh sekurang-kurangnya 30 ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi bagi cawangan Madinah Nasr, Abasiyyah dan Sayeda Zainab. Kursus tersebut bermula seawal jam […]BACA LAGI