Kelahiran Puteri Sulung Ustaz Haidar Mahmud

Wartawan: Asyraf Kosnan MANSURAH, 26 Mac: Ucapan penuh tahniah buat Ustaz Haidar Mahmud dan isterinya Nur Sakinah Ismail yang telah dikurniakan cahaya mata sulung mereka di Hospital Tayyibah, sebentar tadi. Puteri sulung mereka telah selamat dilahirkan dengan berat 2.75 kg di sini tepat jam 3.30 petang. Kami turut mendoakan: “Semoga Allah memberkati kamu pada anak […]BACA LAGI

Ucapan Tahniah Buat Pasangan Khairul Dan Nasyitah

Wartawan: Hatta Hamzah (Jurugambar: Ismail Mohd Juffri) Sekalung tahniah diucapkan buat saudara Khairul Fatihin bin Saedal Atas bersama pasangannya, Nasyitah Farhanah binti Johari Faisal yang telah selamat diijabkabulkan pada 25 Mac 2013 (Isnin) di Dewan Masjid Salam, Hayyu ‘Asyir. Seluruh warga ISMA-Mesir mengharapkan agar ikatan yang dibina mampu melahirkan rumah tangga muslim qudwah kepada masyarakat […]BACA LAGI

Tahniah Kepada Barisan Kepimpinan Baru ABIM Mesir

Wartawan: Shazwan Shukri KAHERAH, 19 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir di atas pelantikan kepimpinan baru ABIM Mesir. Selaras dengan visi ABIM ‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’ ISMA Mesir berharap agar dapat menjalinkan hubungan baik dan erat dengan pihak […]BACA LAGI

Tahniah Buat Pelantikan Organisasi PERUBATAN Yang Baru

Wartawan: Asyraf Kosnan KAHERAH, 19 Mac: Pengerusi dan seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan majlis tertinggi Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) di atas pelantikan struktur organisasinya yang baru pada 8 Mac baru-baru ini. Organisasi baru tersebut telah diterajui oleh saudara Abdul Rahim bin Samad selaku Presiden Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP). […]BACA LAGI

ISMA-Mesir Cantas Teori ‘Negara Islam’ IRF

Wartawan: Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar:Nawal Mazlan) MADINAH NASR, 18 Mac 2013: Kenyataan Dr. Ahmad Farouk Musa, pengerusi dan pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) yang mendakwa bahawa pembikinan ‘Negara Islam’ di Malaysia pada zaman ini adalah tidak relevan sama sekali, dicantas oleh Ustaz Mohd Suhail Bin Mohd Sufian, Setiausaha ISMA Mesir dalam sebuah forum yang menjemput […]BACA LAGI

Perpaduan Lebih Kukuh Di Luar Sistem Demokrasi

Wartawan: Nur Fatin Halil KAHERAH, 17 Mac: “Sistem demokrasi barat tidak akan membawa perpaduan kepada umat Islam di Malaysia”. Begitulah dakwaan yang dibawakan oleh Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian dalam muqaddimah pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk “Kesan Sistem Demokrasi Terhadap Kesatuan Umat Islam Di Malaysia” di Konvensyen Negara Islam yang berlangsung di Dataran Rumah Negeri, […]BACA LAGI

Malaysia Masih Belum 100 Peratus Negara Islam

Wartawan : Mohd Khairil Alias (Jurugambar: Siddiq Mohd Amin) KAHERAH, 17 Mac: “Mengatakan Malaysia adalah sebuah Negara Islam 100% adalah kurang tepat, tetapi mengatakan Malaysia adalah negara bukan Islam adalah jauh sekali tidak tepat”. Berikut kenyataan Ustaz Qamarul Naim Mohd Faizal, Exco Tarbiyyah ISMA Mesir dalam sesi pembentangan kertas kerja yang bertajuk Negara Islam: Sejauh […]BACA LAGI

Memecah Blok Sempit Dalam Kalangan Mahasiswa : KNI 13

Wartawan:  Nur Afifah Hanani Azrai KAHERAH, 15 Mac: Bertempat di Kompleks Dataran Hayyu Asyir, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir buat julung-julung kalinya telah mengadakan Konvensyen Negara Islam. Program anjuran Biro Dakwah ISMA Mesir ini telah berjaya dihadiri oleh hampir 500 orang mahasiswa dari seluruh cawangan Kaherah, Iskandariah, Tanta dan Mansurah. Konvensyen ini bertujuan mengetengahkan isu […]BACA LAGI

Rumah Pelajar Dipecah Masuk Warga Tempatan

Wartawan: Asyraf Kosnan SAYEDA ZAINAB, 15 Mac: Sebuah rumah seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini telah dilaporkan mengalami kecurian lewat pagi semalam. Peristiwa berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi kuliah hariannya di kampus. Kerugian yang dilaporkan termasuklah kehilangan sebuah komputer riba milik mangsa. Menurut laporan daripada pihak mangsa, kejadian tersebut berlaku sekitar antara jam 9.30 pagi […]BACA LAGI

TAKEMATACI Memupuk Semangat Perpaduan

Wartawan : Ahmad Yamin bin Yusof (Jurugambar: Muhammad Luqman) MANSURAH, 14 Mac 2013: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Mansurah telah berjaya menjalankan forum ‘’TAKEMATACI‘’ (Tak Kenal Maka Tak Cinta) bertempat di Masjid Amin, Mansurah. Dengan bertemakan ‘dengarkan dari kami, sepertimana anda mendengar tentang kami’ majlis ini bermula dari jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.45 […]BACA LAGI