Pengenalan ISMA-Mesir


logo PNG

PENGENALAN AM

Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan sebuah persatuan pelajar yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Republik Arab Mesir .Ia merupakan salah sebuah persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir.

ISMA-Mesir bukan sebuah parti politik dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan politik kepartian dan sentiasa bersikap non-partisan dalam setiap gerak kerja persatuan. Dalam masa yang sama, ISMA-Mesir turut mengamalkan dasar terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana persatuan lain selagi mana bertepatan dengan visi dan objektif persatuan.

ISMA-Mesir sentiasa komited dalam memikul amanah sebagai sebuah organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat pelajar Malaysia di Mesir sama ada daripada aspek kecemerlangan akademik, kebajikan sosial, pembangunan syakhsiah, keusahawanan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

VISI

Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia di Mesir yang cemerlang daripada aspek keperibadian, akademik dan akhlaq berkonsepkan Islam sebagai cara hidup.

OBJEKTIF

    1. Menyatupadukan rakyat Malaysia di Mesir daripada kalangan pelajar dengan tujuan untuk mendokong cita-cita agama, bangsa dan Negara.
    2. Menjaga dan meningkatkan akademik dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di kalangan ahli persatuan khasnya dan kesemua pelajar Malaysia amnya.
    3. Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana persatuan lain sesuai dengan konsep kebaikan bersama.
    4. Menjaga hubungan baik di antara pelajar dengan Kedutaan Besar Malaysia- Kaherah dan Republik Arab Mesir.
    5. Menjaga imej Negara dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa.

SLOGAN

Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda