Category: Uncategorized

Aktivis Isma Mesir Iskandariah Capai Kecemerlangan Dalam Akademik

Aktivis Isma Mesir Iskandariah Capai Kecemerlangan Dalam Akademik

ISKANDARIAH, 31 DISEMBER 2017 – Seramai lebih dari 100 graduan kuliah perubatan telah diraikan pada Majlis Graduasi Iskandariah Universiti 2010/2016 bertempat di Idarah Am Universiti Iskandariah, Khamis lalu. Majlis ini turut meraikan tiga orang ahli Isma Mesir yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Mereka adalah: 1. Ahmad Hilman Bin Mohamed @ Harun 2. Muhammad Aiman Bin Mohd Radzman 3. […]

Read more ›
5 Pasangan Pengantin Dirai di Juwadah 2017

5 Pasangan Pengantin Dirai di Juwadah 2017

KAHERAH, 3 September – Telah berlangsung Jamuan Walimah dan Aidiladha (Juwadah) yang bertempat di Masjid Salam, Hayyu Asyir dari jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Majlis kali ini dimeriahkan dengan lima pasangan pengantin Isma Mesir. Berikut 5 pasangan yang diraikan : 1) Nurrasyed bin Shamsuddin, (Tahun 6, Perubatan, Cairo Uni.) Zinnierah binti Rushdan, (Tahun 3,Syariah,Al-Azhar) 2) Luqman Hakim bin Annuar […]

Read more ›
Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api di Iskandariah

Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api di Iskandariah

KAHERAH, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 28 terbunuh manakala lebih 55 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di Iskandariah, kata pihak berkuasa dan perubatan Mesir, hari ini. Kejadian berlaku ketika sebuah kereta api berlepas dari Pelabuhan Said, manakala sebuah lagi dari Kaherah, bertembung tidak jauh dari Stesen Khorshid menyebabkan beberapa gerabak terkeluar dari landasan, lapor agensi berita […]

Read more ›
100 Mahasiswa terima seruan Isma Mesir

100 Mahasiswa terima seruan Isma Mesir

MADINAH NASR, 7 Ogos – Telah berlangsung Program Ehlam Maana di surau rumah Negeri Johor, Hayy Thamin pada hari Sabtu, 5 Ogos yang lalu. Kira-kira seramai 100 orang mahasiswa-mahasiswi telah hadir memeriahkan program ini. Program yang berkonsepkan forum dan sembang santai ini bermula pada jam 7.00 petang sehingga jam 10.00 malam. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menyampaikan seruan […]

Read more ›
Musa anak syurga pinjaman Ilahi

Musa anak syurga pinjaman Ilahi

KAHERAH, 3 Ogos – Isma Mesir mengucapkan takziah kepada pasangan aktivis isma atas pemergian anak sulung mereka semalam. Musa Bin Luqman merupakan anak kelahiran Mesir pada tarikh 25 julai 2017. Pada usianya 9 hari, bayi ini telah dijemput oleh Allah kembali disisiNya. Bayi ini merupakan anak sulung kepada saudari Nurul Afni Binti Harun dan suaminya saudara Luqman Bin Sharifuddin. Nurul […]

Read more ›
Hampir seratus hadiri iftor Isma Mesir

Hampir seratus hadiri iftor Isma Mesir

MADINAH NASR, 15 Jun – Seramai 86 mahasiswa Mesir telah menyertai Iftar Perdana Isma Mesir yang telah diadakan 13 jun lepas. Iftar ini bertempat di Hadiqah Lotus, Hayyu Sabi’.  Peningkatan penglibatan mahasiswa ini menunjukkan mereka menyahut akan seruan keterbukaan yang diseru dalam 4 seruan oleh Isma Mesir. Hal ini menunjukan perbezaan pandangan (furu’) tidak menghalang untuk duduk iftar bersama.  Iftar […]

Read more ›
Kelahiran Mujahidah Ketiga Pasangan Aktivis Isma Mesir

Kelahiran Mujahidah Ketiga Pasangan Aktivis Isma Mesir

  ISKANDARIAH, 20 Februari 2017 – 17 Februari yang lalu merupakan tarikh keramat bagi pasangan aktivis Isma Mesir iaitu Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Mantan JKP Isma Mesir Sesi 2015 dan pasangannya, Ustazah Maryam Binti Mohd Din setelah dikurniakan kelahiran mujahidah ketiga yang bakal menyerikan lagi kehidupan rumah tangga mereka. Menurut Ustaz Ahmad Syamil yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana […]

Read more ›
Gempa bumi 4.2 skala ritcher mengejutkan bumi Mesir

Gempa bumi 4.2 skala ritcher mengejutkan bumi Mesir

SEMASA | Madinat Nasr, 25 Jan – Rakyat Mesir dikejutkan dengan gempa bumi kuat dengan bacaan 4.2 pada skala ritcher. Gempa tersebut diberitakan dengan kedalaman 12 kilometer , serta berpusat 80 kilometer dari Timur-Utara ibu kota Mesir, Kaherah. Gempa yang berlaku sekitar pukul 9.15pm itu dilaporkan berlanjutan selama 10 saat sebelum gegarannya terhenti. Ramai dari kalangan pelajar Malaysia di sini merasakan gegaran […]

Read more ›
5 Prosedur Memohon Visa Pelajar

5 Prosedur Memohon Visa Pelajar

Isu keselamatan amatlah perlu dititikberatkan ketika berada di Mesir. Berikutan itu, memperbaharui Visa adalah sangat penting sebagai bukti sah keberadaan kita seterusnya menjamin keselamatan apabila disemak oleh pihak berkuasa. Ikuti panduan 5 Prosedur Memohon Visa Pelajar ini untuk memudahkan mahasiswa Al-Azhar membuat Visa secara teratur. 1) Membuat surat pengesahan pelajar (Tasdiq) > Tidak boleh membuat sebarang pembetulan di atas surat […]

Read more ›
Kelahiran Mujahidah Sulung Penutup Tirai 2016

Kelahiran Mujahidah Sulung Penutup Tirai 2016

KAHERAH, 14 Disember – Penghujung tahun 2016 ini bertambah serinya apabila pasangan pimpinan Isma Mesir, ustaz Muhammad Muadz dan pasangannya saudari Ain Syafiqah dikurniakan kelahiran cahaya mata mereka yang pertama awal pagi semalam. Pasangan bahagia tersebut masing-masing merupakan pimpinan utama Isma Mesir, seorang Setiausaha Agung Isma Mesir, manakala pasangannya Ketua Wanita Isma Mesir. Bayi perempuan seberat 2.6kg tersebut telah selamat […]

Read more ›