Category: Berita

Aktivisma tidak menghalang kecemerlangan akademik mahasiswa Mesir – aktivis I-Medik Mesir

Aktivisma tidak menghalang kecemerlangan akademik mahasiswa Mesir – aktivis I-Medik Mesir

HAYYU SABIE, 15 Oktober – “Zaman mahasiswa bukanlah zaman untuk bergerak hanya mengikut arus semata-mata. Ia adalah zaman untuk kita mencari dan membina potensi diri sendiri. Diri sendiri adalah kunci kepada sejauh mana hasil yang akan terjadi selepas tamat belajar. Kesibukan adalah satu perkara subjektif yang boleh diuruskan. Ia adalah atas kehendak dan susunan masa yang diaturkan oleh diri kita,” kata […]

Read more ›
Kita bukan hanya mengejar segulung ijazah

Kita bukan hanya mengejar segulung ijazah

ISKANDARIAH, 28 September – “Memang kita tahu jadual kuliah pergigian sangat padat, tapi kita masih boleh menyusun masa untuk mendapat nilai tambah yang lain seperti kepentingan tarbiah, sukan dan lain-lain. Kita bukan hanya mengejar segulung ijazah.” kata saudara Umar Izzuddin, pelajar tahun tiga pergigian Universiti Iskandariah juga selaku ahli panel Talk Pre-Fydo’s Life yang dibawakan khas oleh Isma Mesir syukbah […]

Read more ›
Hari Keluarga Isma Madinah Nasr : Ukhuwah sumber kekuatan pendakwah

Hari Keluarga Isma Madinah Nasr : Ukhuwah sumber kekuatan pendakwah

MADINAH NASR, 25 September – Kira-kira 60 orang ahli Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr telah bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Hari Keluarga Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr pagi semalam. Program yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis tersebut telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga jam 11.00 pagi. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi merapatkan lagi hubungan ukhuwwah antara ahli Isma-Mesir […]

Read more ›
“Mahasiswa perlu matang dan buang sifat budak sekolah” – Ustaz Siddiq Amin

“Mahasiswa perlu matang dan buang sifat budak sekolah” – Ustaz Siddiq Amin

HAYYU SABIE’, 24 September – Puluhan mahasiswa Mesir membanjiri program Sembang Santai yang dianjurkan oleh Isma Hayyu Sabie’ yang merupakan sebuah program khusus untuk pelajar Malaysia di Mesir bagi membangkitkan semangat dan harapan di hati-hati mahasiswa Mesir bahawasanya mereka adalah harapan Malaysia suatu masa hadapan. Antara perkara yang ditekankan oleh Ustaz Siddiq Amin selaku Exco Pengkaderan Isma Mesir juga merupakan panel […]

Read more ›
Isma Mesir agih daging korban kepada faqir miskin tempatan

Isma Mesir agih daging korban kepada faqir miskin tempatan

MADINAH NASR, 17 September – Antara maqasid dari ibadah korban adalah untuk memberi kegembiraan kepada faqir miskin dengan menyedekahkan sebahagian daging korban kepada mereka. Isma Mesir menyahut seruan ini dan telah mengagihkan daging korban Aidiladha kepada faqir miskin penduduk tempatan di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Menurut penasihat korban Isma Mesir, Ustaz Habib Bin Abdul Fisol, setiap tahun Isma Mesir komited mengagihkan […]

Read more ›
Penyertaan korban Isma Mesir memberangsangkan

Penyertaan korban Isma Mesir memberangsangkan

MADINAH NASR, 15 September – Penyertaan korban Isma Mesir pada tahun ini mencecah bilangan kambing sebanyak 51 ekor, khoruf enam ekor dan lembu seekor. Bilangan korban Isma Mesir kali ini amat memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini dan ini adalah satu pencapaian terbaik buat Isma Mesir sebagai salah satu persatuan pelajar yang mengutamakan aspek kebajikan pelajar di perlembahan Nil. “Korban kali ini […]

Read more ›
Isu keterbukaan adalah isu fundamental – Exco Penerangan Isma Mesir

Isu keterbukaan adalah isu fundamental – Exco Penerangan Isma Mesir

MADINAH NASR, 14 September – Isma Mesir memenuhi jemputan menghadiri Majlis Jamuan Aidiladha anjuran ABIM Mesir yang bertempat di Teratak ABIM Mesir Hayyu Sabie’, Kaherah jam 8 malam semalam. Majlis yang mengumpulkan pelbagai persatuan pelajar termasuk tuan rumah sendiri ABIM Mesir, Isma Mesir, Haluan Mesir, IKRAM Mesir dan juga gabungan bersama beberapa agensi seperti Akademi Al-Quran Medic, Daulah Medic dan […]

Read more ›
JUADAH ’16 raikan masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil pada raya pertama Aidiladha

JUADAH ’16 raikan masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil pada raya pertama Aidiladha

MADINAH NASR, 14 September – Hari raya pertama Aidiladha buat masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil diraikan lagi dengan Jamuan Aidiladha Isma Mesir (JUADAH ’16) dibawakan khas oleh Isma Mesir yang bertujuan untuk menghubungkan silaturrahim dan memeriahkan lagi suasana hari raya korban untuk tahun ini. Majlis yang bertempat di Masjid Salam Hayyu Asyir, Kaherah ini telah menyediakan pelbagai juadah dan […]

Read more ›
Mahasiswi teruja kempen World Quran Hour yang dilancarkan Isma Mesir

Mahasiswi teruja kempen World Quran Hour yang dilancarkan Isma Mesir

MADINAH NASR, 11 September – Tidak kurang dari 80 mahasiswi telah terlibat dalam Kempen World Quran Hour yang telah berlangsung serentak di muhafazah Kaherah, Iskandariah dan Tanta kira-kira jam 3 petang siang tadi. Kempen ini dimulakan dengan aktiviti bertadarus Al-Quran mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Bertemakan Al-Quran sebagai sumber kehidupan umat Islam, kempen ini juga mahu memupuk sifat cintakan Al-Quran serta membudayakannya […]

Read more ›
Isma Mesir lancar kempen World Quran Hour ke seluruh Mesir

Isma Mesir lancar kempen World Quran Hour ke seluruh Mesir

MADINAH NASR, 11 September – Menyahut seruan kempen World Quran Hour yang dilancarkan di seluruh dunia pada 9 Zulhijjah bersamaan 11 September hari ini, Isma Mesir turut menjayakan kempen ini di seluruh muhafazah di Mesir serentak pada jam 5 petang hari ini. Bertemakan Al-Quran sebagai sumber utama umat Islam, usaha kempen ini juga menggalakkan masyarakat utuk hidup bersama Al-Quran di […]

Read more ›