Category: Berita

Rumah Pelajar Dipecah Masuk Warga Tempatan

Rumah Pelajar Dipecah Masuk Warga Tempatan

Wartawan: Asyraf Kosnan SAYEDA ZAINAB, 15 Mac: Sebuah rumah seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini telah dilaporkan mengalami kecurian lewat pagi semalam. Peristiwa berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi kuliah hariannya di kampus. Kerugian yang dilaporkan termasuklah kehilangan sebuah komputer riba milik mangsa. Menurut laporan daripada pihak mangsa, kejadian tersebut berlaku sekitar antara jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi semalam. […]

Read more ›
Dua Ahli ISMA Mansurah Berjaya Bergelar Doktor Perubatan

Dua Ahli ISMA Mansurah Berjaya Bergelar Doktor Perubatan

Wartawan: Mohd Khairil Alias (Jurugambar: Fawwaz) MANSURAH, 9 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah mengucapkan jutaan tahniah buat Dr Ibrahim bin Zuleffendi dan Dr Abdul Hakim bin Mohd Hamsari atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan jabatan konvensional di sini kelmarin. Majlis graduasi yang bertempat di Paedatrics Conference Hall itu bermula jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Memetik […]

Read more ›
Takziah Kepada Anak Perajurit Negara, Saudari Amira Shahira Ibrahim

Takziah Kepada Anak Perajurit Negara, Saudari Amira Shahira Ibrahim

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir ISMA-Mesir mengucapkan takziah buat  saudari Amira Shahira Ibrahim, pelajar perubatan tahun 1, Universiti Zagaziq dan keluarga atas kehilangan bapanya, Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar baru-baru ini. Bapanya merupakan salah seorang perajurit yang syahid ketika menghadapi pertempuran melawan pencerobohan dari Filipina di Lahad Datu, Sabah. Kami berdoa agar saudari Amira Shahira dan sekeluarga tabah dalam melalui ujian […]

Read more ›
Insiden Lahad Datu: Isu Kedaulatan Negara

Insiden Lahad Datu: Isu Kedaulatan Negara

Oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin, Tahun 5 Perubatan, Universiti Tanta. Baru-baru ini kepulauan Borneo tanah air menyaksikan peristiwa berdarah yang mengorbankan dua perajurit negara dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh dari Filipina. Penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai ‘waris Kesultanan Sulu’ tersebut berlayar ke Negeri Di Bawah Bayu dengan misi untuk menuntut semula tanah yang didakwa warisan Kesultanan Sulu. […]

Read more ›
Takziah Atas Pemergian Adel Mohd Noor

Takziah Atas Pemergian Adel Mohd Noor

Wartawan : Amirul Ismail MADINAH NASR, 3 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adel Mohd Noor atas pemergian allahyarham ke pangkuan Ilahi. Allahyarham Adel Mohd Noor yang merupakan pelajar tahun empat pengajian perubatan Universiti Al-Azhar disahkan meninggal dunia di rumahnya sendiri di Gami’, Hayyu ‘Asyir. Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Zeinhom, Sayyeda Zainab […]

Read more ›
Sekalung Tahniah Buat Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran 2013

Sekalung Tahniah Buat Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran 2013

Wartawan: Asyraf Kosnan (Jurugambar: Abdullah Fahmi) KAHERAH, 14 Februari: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan jutaan tahniah buat seluruh mahasiswa mahasiswi tahun akhir fakulti perubatan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di beberapa universiti di sekitar Mesir. Terkini, pengumuman keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti melalui laman web rasmi fakulti […]

Read more ›
Mayat Dijumpai Di Susur Masuk Bandar Iskandariah

Mayat Dijumpai Di Susur Masuk Bandar Iskandariah

Wartawan: Asyraf Kosnan ISKANDARIAH, 31 Januari: Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Iskandariah telah menemui seorang mayat lengkap berpakaian di tepi jalan susur masuk ke bandar tersebut. Pihak polis pula telah mendapati beberapa dokumen pengenalan ketika mayat dijumpai. Pemeriksaan keatas mayat tersebut mendapati mangsa berumur dalam lingkungan 40-an telah ditemui terbaring di lokasi kejadian. Hasil siasatan mendapati beberapa kesan tikaman […]

Read more ›
Rakyat Bantah Perintah Berkurung, Pembangkang Tolak Dialog Nasional

Rakyat Bantah Perintah Berkurung, Pembangkang Tolak Dialog Nasional

Wartawan : Wan Ahmad Syafiq TERUSAN SUEZ, 28 Januari 2013: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di Terusan Suez, Port Said dan Ismailiah sebagai bantahan terhadap perintah berkurung dan darurat di situ yang diisytiharkan oleh Presiden Mohamed Morsi pada Ahad yang lalu setelah tiga hari pergolakan yang mengorbankan nyawa. Kedengaran orang ramai melaungkan slogan “Turun dengan Mohamed Morsi, Turun dengan Darurat” […]

Read more ›
Presiden Mesir Isytihar Perintah Darurat

Presiden Mesir Isytihar Perintah Darurat

Wartawan: Hatta Hamzah KAHERAH, 28 Januari: Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah mengisytiharkan 30 hari darurat dan perintah berkurung waktu malam di ketiga-tiga bandar sepanjang Terusan Suez berikutan beberapa pertempuran maut baru-baru ini. Dalam ucapan beliau menerusi televisyen pada hari Ahad yang lalu, Morsi berkata bahawa perintah darurat di Port Said, Ismailia dan Suez akan berkuat kuasa serta merta pada […]

Read more ›
Tragedi Port Said Februari 2012, 21 Hukuman Mati

Tragedi Port Said Februari 2012, 21 Hukuman Mati

Wartawan : Wan Ahmad Syafiq KAHERAH, 27 Januari: Berikutan tragedi pergaduhan berdarah antara penyokong persatuan bola sepak Mesir Al-Masry dan Al-Ahly pada 1 Februari 2012 yang meragut 74 nyawa, Hakim Sobhi Abdel-Maguid menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 defendan daripada 73 yang tertuduh. Fail 52 defendan selebihnya termasuk 9 pegawai keselamatan akan dibicarakan pada 9 Mac nanti. Lanjutan keputusan tersebut anggota […]

Read more ›