Category: Berita

3 Pelajar Ain Syams Cedera Pada Malam Persembahan

3 Pelajar Ain Syams Cedera Pada Malam Persembahan

  Wartawan : Hatta Hamzah ABBASIAH, 18 April : ISMA-Mesir merakamkan ucapan takziah buat saudara Miqdad Abdul Fisol, pelajar perubatan tahun tiga Ain Shams yang terlibat dalam kemalangan kecil semalam. Menurut laporan, tulang selangka bahagian kiri beliau telah patah sewaktu mengadakan persembahan silat di Majlis Penutup Ain Shams Civilization Day, yang bertempat di rumah tamu (Dar Ad-Dhiyafa) universiti tersebut. Wakil […]

Read more ›
Agenda Perkasa Jati Diri Disambut Baik Pengarah MARA

Agenda Perkasa Jati Diri Disambut Baik Pengarah MARA

Wartawan: Abdul Rahman Dashuki ISKANDARIAH, 8 April: Seramai 11 orang ahli Majlis Tertinggi (MT) ISMA Mesir Cawangan Iskandariah telah mengadakan majlis makan malam dan pertemuan rasmi bersama Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Timur Tengah yang baru, Ustaz Ahmad Sofi Bin Abdullah. Majlis yang diadakan di Kafe Seri Putra bertempat di asrama MARA ini bertujuan untuk meraikan kedatangan Ustaz Ahmad Sofi […]

Read more ›

ISMA Mansurah Menyeru Kerjasama Ke Arah Kestabilan Masyarakat Setempat

MANSURAH, 8 April: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah akan mengadakan sebuah majlis makan malam bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan pelajar yang wujud di Mansurah pada 15 April 2013. Antara persatuan yang bakal dijemput adalah PERUBATAN, Kelab IKRAM Mesir, PMRAM, PERMATA, Mansoura Manchester Medical Community (MMC), Komuniti Pro Syariah dan Khilafah, Kelab UMNO luar negara, Medic Mesir Mansurah dan Global […]

Read more ›
ISMA-Mesir Dalam Rangka Menghasilkan Mahasiswa Berwawasan

ISMA-Mesir Dalam Rangka Menghasilkan Mahasiswa Berwawasan

Wartawan: Mohd Khairil Alias KAHERAH, 7 April: “Kami memperkenalkan empat seruan utama ISMA Mesir kepada semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara ini”, ujar Presiden ISMA Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir kali pertama di sini semalam. Seruan ISMA Mesir kepada mahasiswa adalah perpaduan dalam kalangan mahasiswa atas […]

Read more ›
Selamat Berkhidmat di Malaysia

Selamat Berkhidmat di Malaysia

Wartawan: Mohd Khairil Alias MANSURAH, 7 April: ISMA Mesir cawangan Mansurah hari ini mengadakan Ijtima’ Syahri dan majlis wida’ (perpisahan) Dr. Abdul Hakim bin Mohd Hamsari yang akan pulang ke Malaysia hari ini bertempat di Villa Kita setelah berjaya menamatkan pengajian sarjana dalam bidang perubatan di Universiti Mansurah. Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 13 orang ahli ISMA Mansurah itu […]

Read more ›
Belasungkawa Atas Pemergian Dr. Uthman El-Muhammady

Belasungkawa Atas Pemergian Dr. Uthman El-Muhammady

Wartawan: Mohd Khairil Alias  KAHERAH, 26 Mac: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Dr. Uthman El-Muhammady yang telah meninggal dunia semalam. Beliau yang merupakan Felo Amat Utama ISTAC IIUM, ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan dan pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana muda itu meninggalkan seorang balu Mariam Hussein 65, serta 12 orang anak. Beliau meninggal dunia […]

Read more ›
Tahniah Kepada Barisan Kepimpinan Baru ABIM Mesir

Tahniah Kepada Barisan Kepimpinan Baru ABIM Mesir

Wartawan: Shazwan Shukri KAHERAH, 19 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir di atas pelantikan kepimpinan baru ABIM Mesir. Selaras dengan visi ABIM ‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’ ISMA Mesir berharap agar dapat menjalinkan hubungan baik dan erat dengan pihak ABIM Mesir atas prinsip kerjasama […]

Read more ›
Pergaduhan Antara Warga Tempatan Di Abbasiyah

Pergaduhan Antara Warga Tempatan Di Abbasiyah

Wartawan: Ismail Muhammad Juffri ABBASIYAH, 21 Mac: Suasana di jalan Bani Fahim, Abbasiyah kecoh dengan pergaduhan yang  melibatkan penduduk tempatan bermula kira-kira jam 4 petang tadi. Menurut Ahmad (bukan nama sebenar), mahasiswa Al-Azhar yang melihat kejadian tersebut ketika melaporkan kepada wartawan ISMA, pergaduhan tersebut sangat membahayakan penduduk-penduduk di situ kerana mereka menggunakan pistol, senapang, parang dan juga molotov. Tambah beliau, […]

Read more ›
Tahniah Buat Pelantikan Organisasi PERUBATAN Yang Baru

Tahniah Buat Pelantikan Organisasi PERUBATAN Yang Baru

Wartawan: Asyraf Kosnan KAHERAH, 19 Mac: Pengerusi dan seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan majlis tertinggi Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) di atas pelantikan struktur organisasinya yang baru pada 8 Mac baru-baru ini. Organisasi baru tersebut telah diterajui oleh saudara Abdul Rahim bin Samad selaku Presiden Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP). Sekali lagi ISMA Mesir mengucapkan […]

Read more ›
ISMA-Mesir Cantas Teori ‘Negara Islam’ IRF

ISMA-Mesir Cantas Teori ‘Negara Islam’ IRF

Wartawan: Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar:Nawal Mazlan) MADINAH NASR, 18 Mac 2013: Kenyataan Dr. Ahmad Farouk Musa, pengerusi dan pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) yang mendakwa bahawa pembikinan ‘Negara Islam’ di Malaysia pada zaman ini adalah tidak relevan sama sekali, dicantas oleh Ustaz Mohd Suhail Bin Mohd Sufian, Setiausaha ISMA Mesir dalam sebuah forum yang menjemput beliau sebagai ahli panel baru-baru […]

Read more ›