Category: Aktiviti

Graduan untuk Ummah !

Graduan untuk Ummah !

Madinat Nasr,27 oktober-Seramai 6 orang graduan mahasiswi Universiti al-Azhar telah diraikan dalam Majlis Konvensyen kali ke – 10 di Dewan Al-Imam Mohamad Abduh,Universiti al-Azhar,Hussein. Mereka merupakan graduan Kuliah Syariah Islamiyyah. Mereka ialah: Siti Khairanie bt Amran Aishah Kamelia Hani bt Rosli Asiah Abdullah Wan Nurhazila bt Wan Azeri Abiidah bt Fadzlan Shahidi Ainul Farhana bt Idris Majlis dimulai pada jam […]

Read more ›
Riadhah Mega Isma Hayy Sabie lahirkan mahasiswa sihat dan cergas

Riadhah Mega Isma Hayy Sabie lahirkan mahasiswa sihat dan cergas

HAYYU SABIE, 17 Oktober – Puluhan mahasiswa turut menjayakan Riadhah Mega anjuran Isma Hayy Sabie’ yang bertempat di Nadi Syabab, Hayy Sadis. Program riadhah yang menggabungkan sukan badminton dan futsal ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara mahasiswa di samping menyihatkan badan untuk lebih cergas dalam menuntut ilmu di perlembahan Nil ini. Pengarah program saudara Amir Hamzah Bin Miswan turut […]

Read more ›
Jelajah Ain Suknah menarik minat Mahasiswi

Jelajah Ain Suknah menarik minat Mahasiswi

  Ain el sokhna, 24 September­-Hampir 30 orang mahasiswi baru telah mengikuti Jelajah Ain Sukhnah baru-baru ini yang dianjurkan oleh Unit PSMB Akhawat Isma Madinah Nasr. Jelajah Ain Sukhnah diadakan adalah untuk meraikan kehadiran mahasiswi baru merasai kenikmatan ciptaan Allah di mesir. Oleh sebab itu, program ini bertunjangkan objektif utama bertadabbur alam sambil berukhuwah. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan adalah game pantai, makanan rohani, BBQ dan banyak lagi. “ Antara adab-­adab berukhuwah adalah niat ikhlas kerana Allah. Bersahabat tanpa kepentingan lain. Suka untuk saya bawa satu kisah malaikat dan seorang […]

Read more ›
Mahasiswi Mansurah Raikan Aidiladha dengan Meriah

Mahasiswi Mansurah Raikan Aidiladha dengan Meriah

    MANSURAH,23 September 2016: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah telah berjaya menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Adha. Berlangsung selama 3 jam,bertempat di Beyt Zara Syarik Siddiq, dari jam 1 petang hingga jam 4 petang. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh saudari Maryam Mardhiyah Binti Ithnin dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Cawangan ISMA Mansurah,saudari Abiidah Binti […]

Read more ›
Masyarakat Mansurah raikan Aidiladha bersama Isma Mansurah

Masyarakat Mansurah raikan Aidiladha bersama Isma Mansurah

MANSURAH, 23 September – Rumah terbuka Aidil Adha anjuran Isma Mesir syukbah Mansurah bertempat di Beyt etihad di Syari’ Samanoudi telah menerima tidak kurang dari 40 tetamu dari berbagai lapisan masyarakat mahasiswa Mansurah. Rumah terbuka ini bermatlamat untuk meraikan makna pengorbanan dan merapatkan hubungan antara masyarakat pelajar dan menyambut mahasiswa baru. Hidangan istimewa mee celup dan dilengkapkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Solehuddin Ismail […]

Read more ›
Isma Hayyu Sabie’ selami sejarah Tasik Qarun

Isma Hayyu Sabie’ selami sejarah Tasik Qarun

AL-FAYOUM, 27 OGOS – Isma Mesir Syukbah Hayyu Sabie’ telah menganjurkan Hari Keluarga yang bertempat di Fayyoum demi meraikan hak hak ukhwah di antara warga Isma Hayyu Sabie’. Perjalanan ke Fayyoum mengambil masa selama 2 jam merentasi Tasik Qarun yang mana merupakan tempat bersejarah ketika Raja Qarun suatu masa dahulu dan juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia […]

Read more ›
I-Medik Mesir santuni anak yatim tempatan

I-Medik Mesir santuni anak yatim tempatan

Kaherah, 27 Ogos – Mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai universiti di sekitar Kaherah telah menjayakan program Santun iaitu sebuah program amal untuk anak-anak yatim di sini semalam. Program kebajikan anjuran sebuah agensi dari Isma Mesir iaitu I-Medik Mesir ini telah diadakan di sebuah rumah anak yatim bernama Darul Hena Wa Henady, Hayyu Asyir. Menurut I-Medik Mesir, antara objektif program ini […]

Read more ›
Isma Mesir perkasa jentera media

Isma Mesir perkasa jentera media

Kaherah 20 Jun – Isma Mesir melalui Biro Penerangannya telah menganjurkan bengkel iMedia buat kali ke-5 di Pejabat Isma Madinah Nasr bagi memperkasa jentera media. Seramai 30 orang ahli Isma telah menyertai bengkel yang berlangsung di Pejabat Isma bermula pada jam 8 pagi. Tujuan Isma mengadakan bengkel ini adalah untuk mengasah bakat ahli dan mengencarkan lagi dakwah melalui media. “Zaman kini media amat penting untuk berdakwah kepada masyarakat […]

Read more ›
Antara Aktivisme dan Mahasiswa

Antara Aktivisme dan Mahasiswa

  MADINAT NASR,28 MAC – Satu sesi perkongsian bertajuk “Sembang Santai:Mahasiswa & Aktivisme bersama Farrah Adeeba” telah diadakan di Rumah Johor Rabaah. Dalam sesi perkongsian ini, Puan Farrah Adeeba banyak menceritakan pengalamannya ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin. “Ibu-ibu di Palestin adalah kunci kepada kekuatan rakyat Paletin. Tanamkan akidah dalam diri anak-anak sejak awal lagi. Sentuhan ibu dan ayah […]

Read more ›
Isma Mesir lahirkan wanita tampil berani

Isma Mesir lahirkan wanita tampil berani

    MADINAH NASR, 27 Mac – “Practice makes perfect”, kata personaliti TV Farrah Adeeba selaku penyampai bagi Kursus Pengucapan Awam yang dianjurkan oleh Biro Wanita ISMA Mesir semalam. Kursus tersebut dimulakan dengan ucapan daripada saudari Nurul Izzati Azmi selaku Ketua Sekretariat Biro Wanita. Dalam ucapannya beliau menekankan objektif-objektif kursus tersebut dianjurkan. Objektif utama adalah melahirkan tokoh wanita ISMA Mesir […]

Read more ›