admin

Asing

  Ghuraba’, bukanlah orang yang mengosongkan rumah dan meninggalkannya sekarang, Tetapi, ghuraba’ ialah orang yang serius apabila orang disekelilingnya bermain-main, Dia berjaga ketika manusia disekelilingnya tidur, Melalui jalan kebaikan, sedangkan manusia merancang dalam kebatilan, Benarlah kata-kata seorang penyair apabila dia berkata, Sahabatku telah berkata kepadaku : Aku melihat engkau ni pelik, Engkau hidup antara manusia-manusia […]BACA LAGI

Huru-hara di Kuliah Banat al-Azhar

  KAHERAH, 24 DIS –Kuliah Banat al-Azhar kembali huru-hara seawal pagi tadi, apabila sekumpulan mahasiswi tempatan menghalang peperiksaan takhaluf  berjalan seperti yang dijadualkan hari ini. “Sepatutnya peperiksaan berlangsung pada pukul 10 pagi tadi.  Tetapi, kami diminta keluar dari kuliah untuk selamatkan diri.  Setelah itu, kami mendapat maklumat peperiksaan akan tetap diteruskan. Sekembalinya kami di kuliah, […]BACA LAGI

Takziah Buat Mangsa Kebakaran Sayeda Zainab

SAYEDA ZAINAB, 19 Disember : ISMA Mesir mengucapkan takziah kepada 5 orang mahasiswi perubatan yang dilanda musibah kebakaran rumah. Wakil ISMA Abbasiyah-Sayeda Zainab, saudari Sakinah Yusof telah mengunjungi mangsa kejadian dan menghulurkan sedikit sumbangan. Rumah mereka dilaporkan hangus terbakar sekitar jam 5 petang semalam. Rumah yang  didiami oleh empat orang mahasiswi tahun enam dan seorang […]BACA LAGI

Ucapan Selamat Datang Kepada Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim

    ISMA Mesir berbesar hati untuk mengucapkan selamat datang kepada Pengarah Education Malaysia Egypt ( EME ) yang baru, Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim, ke perlembahan Nil. ISMA Mesir mengucapkan selamat bertugas dan semoga dilimpahi rahmat dan kekuatan dalam memikul amanah yang diberikan. ISMA Mesir juga berhasrat untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama […]BACA LAGI

Mahasiswi Madinat Nasr terbuka dalam beraktivisme

MADINAT NASR, KAHERAH, 13 NOVEMBER –Mahasiswi ISMA-Mesir telah menyahut pelawaan mahasiswi Singapura semalam, di dalam sebuah perlawanan persahabatan bola jaring. Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai ruang merapatkan ikatan silaturrahim disamping membudayakan aktiviti bersukan meskipun di dalam musim peperiksaan. “Sejarah nabawiyah membuktikan para serikandi memainkan peranan penting di sebalik tabir sekaligus menjadi tulang belakang di jalan […]BACA LAGI

ISMA Mesir menghulurkan sumbangan buat saudara Fakhrullah

Kaherah, 9 Disember- ISMA Mesir berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada saudara Fakhrullah Bin Rasul, Tahun 1 Ulum Islamiah dan telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Soleh Bin Ismail selaku Ketua Cawangan ISMA Madinah Nasr semalam. Saudara Fakhrullah telah mengalami kecederaan di bahagian kaki beliau semasa dalam cubaan menyelamatkan barang beliau dari dilarikan oleh pemandu teksi yang dinaikinya. […]BACA LAGI

TYT Duta Besar Malaysia menerima lawatan rasmi JKP ISMA Mesir

Mohandisin, 4 Disember- Mahasiswa haruslah mengambil berat akan keselamatan masing masing dan tidak terlibat dengan apa jua aktiviti rakyat Mesir termasuk perbualan berkenaan politik Mesir. Demikian pesan TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia kepada Jawatan Kuasa Pusat ISMA Mesir semasa mengadakan lawatan rasmi ke pejabat kedutaan yang bertempat di Mohandisin tempoh hari. […]BACA LAGI

Mahasiswi Mesir Dipukul

  Kaherah, 8 Disember – Demonstrasi di hadapan Kuliyah Al-Azhar Banat pagi ini telah mengakibatkan sebahagian fakulti ditangguhkan  kerana beberapa pintu utama al-Azhar Banat ditutup. Kejadian berlaku seawal jam 7.00 pagi. “ Saya melihat seorang pengawal mengamuk dan memukul mahasiswi yang sedang berkumpul. Ada seorang mahasiswi Arab cedera berdarah. Kami sempat lari, sebelum pengawal tersebut […]BACA LAGI

Dakwah ISMA Mesir akan terus tersebar

Abbasiyah, 6 Disember – “Perjumpaan kita kali ini bertujuan agar ahli ISMA Mesir jelas tentang gerak kerja persatuan kita bagi sesi kali ini. Tiada rahsia yang wujud antara barisan kepimpinan dengan ahli kerana ISMA Mesir milik kita semua. Dakwah ISMA akan terus mara. Di mana ada orang Malaysia, di situ ada Dakwah ISMA. “ Demikian […]BACA LAGI

COMANGO : Natijah pertembungan antara Islam dan Falsafah Barat

  Bagi mereka yang membaca sejarah tamadun barat, istilah mahkamah ‘Inquisition’ bukanlah perkara yang asing. Mahkamah ini bernaung di bawah Gereja Roman Katolik yang diberi mandat untuk menyeksa dan membunuh sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan pihak gereja. Mereka yang disyaki pula boleh ditangkap dan disoal siasat.   Dengan wujudnya mahkamah ini, saintis […]BACA LAGI