admin

Situasi Terkini Di Mesir

KAHERAH, 23 April 2020 – Melalui sidang media yang berlangsung pada hari ini, Kerajaan Republik Arab Mesir telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 9.00 malam sehingga 6.00 pagi bermula 1 Ramadan Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Mustofa Madbouly juga berkata kerajaan menjangkakan wabak virus korona ini akan berlaku peningkatan sebanyak 200 kes dalam sehari. […]BACA LAGI

Pengumuman Tarikh Mula Puasa

KAHERAH, 22 April 2020- Darul Ifta’ Republik Arab Mesir mengumumkan bahawa esok hari Khamis bersamaan 30 Syaaban manakala puasa akan bermula pada hari Jumaat, bersamaan 1 Ramadan 1441H bagi seluruh kawasan di Mesir. Isma Mesir mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua rakyat Malaysia di Perlembahan Nil.  Semoga Allah s.w.t melimpahkan seribu satu rahmat kepada […]BACA LAGI

Kenyataan Terkini Daripada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir

KAHERAH, 21 April 2020 – Kerajaan Republik Mesir telah mengadakan sidang parlimen pada 18 April lepas bagi membincangkan kaedah pelaksanaan pembelajaran dan peperiksaan bagi universiti-universiti  di seluruh Mesir.  Perubahan ini dikuatkuasakan disebabkan Pandemik yang berlaku ketika ini iaitu Wabak COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda surut. Justeru sudah tentu ada beberapa perkara yang turut mengesani para […]BACA LAGI

Jasadnya Dipenjara, Bukan Jiwa

Malam tadi diberi kesempatan bertadarus surah yusuf bersama ahli beyt. Sedikit tadabbur ayat dari surah ini. قَالَ رَبِّ ٱلسِّجۡنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدۡعُونَنِيٓ إِلَيۡهِۖ وَإِلَّا تَصۡرِفۡ عَنِّي كَيۡدَهُنَّ أَصۡبُ إِلَيۡهِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلۡجَٰهِلِينَ (Abdullah Muhammad Basmeih) Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu […]BACA LAGI

Isma Mesir Agih Sumbangan Kepada 27 Buah Rumah

KAHERAH, 12 April 2020 – Isma Mesir telah berjaya mengedarkan Sumbangan Khairiah kepada 27 buah rumah sekitar Kaherah pada hari ini. Edaran ini dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Dalaman (HED) Cawangan Mesir, Ustaz Luqman Hakim Bin Mohd Annuar dibantu oleh beberapa Jawatankuasa lain di kawasan Hayyu Sabi’e dan Madinat Nasr. Edaran ini juga bertujuan […]BACA LAGI

Berita | Penangguhan Penghantaran Pelajar Pengajian Islam sesi 2020/2021 ke

Kaherah, 30 Mac – Hasrat pelajar lepasan STAM 2019 yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir terpaksa ditangguhkan. Hal ini disebabkan, wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan Republik Arab Mesir. Demi menjaga kemaslahatan pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan bahawa penghantaran pelajar baharu lepasan stam yang layak ke Mesir […]BACA LAGI

Kuliah Subuh Mingguan Kitab Raheeq Al-Makhtum

KAHERAH, 14 Mac 2020 : Alhamdulillah kuliah subuh dapat diteruskan lagi pada minggu ini dengan membahaskan sebuah kitab sirah yang berjudul “Raheeq Al- Makhtum” karangan Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri. Kuliah siri kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Luqman Hakim Bin Mohd Annuar yang telah berlangsung di Beyt Daud Hayyu Sabie, dan Ust Wan Ahmad Fathin […]BACA LAGI

Aktiviti | Ijtima’ Am : Dakwah perlukan masa kita.

Mansurah, 14 Mac 2020 : “Dakwah perlukan masa kita, ummat perlukan orang yang fokus” , begitulah petikan ayat daripada wakil HED Isma Mesir, Ustaz Hikmat Esa yang menghadiri Ijtima’ Am yang diadakan oleh Isma Mesir cawangan Mansurah. Beliau telah menyampaikan sebuah ‘presentation’ yang mengupas topik tentang manusia masa kini dengan gajet. Beliau juga menyarankan ahli […]BACA LAGI

Aktiviti | Malam Aspresiasi Isma Iskandariah.

Iskandariah, 13 Mac 2020 – Program Malam Apresiasi Isma Iskandariah pada kali ini membawakan tema “Qudwah Memacu Dakwah” yang dijalankan di Beyt Aqsa, semalam. Program ini telah dihadiri seramai 26 orang ahli syukbah Iskandariah. Program ini bertujuan untuk meraikan ahli yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lepas dalam jurusan perubatan dan pergigian. […]BACA LAGI

Aktiviti | Ijtima’ Am : Menanam Mas’uliyah Dalam Kalangan Ahli.

Kaherah, 13 Mac 2020 : Isma Mesir syukbah Madinat Nasr, Hayy Sabie dan Syubro telah mengadakan Ijtima’ Am gabungan di Markaz Hayy Sabie. Ijtima’ kali ini membawa tema mas’uliyah (tanggungjawab) terhadap diri sendiri dan masyarakat, dengan memetik kata-kata seorang tokoh dakwah, “jika terdapat segolongan mukmin yang benar imannya, ia akan menjadi asbab kejayaan.” Program ini […]BACA LAGI