admin

Kemenangan Hari Raya dan Norma Baharu

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillahilhamd. 1. Rasulullah Saw pernah bersabda mafhumnya; “Umat Islam mempunyai dua hari raya, Raya Aidul fitri dan Raya Aidul Adha.” Maka pada ketika ini digalakkan untuk meraikannya sebagai tanda kemenangan dan kegembiraan. Namun sedikit perbezaan raya pada tahun ini ialah kita akan meraikannya dengan norma yang baharu. 2. Kemenangan […]BACA LAGI

Menyingkap Kekuatan al-Quran

Ramadan akan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Bagi umat Islam pastinya merasakan suatu kehilangan apabila perginya Ramadan, tetapi lebih malang lagi buat sesetengah daripada mereka yang melihat Ramadan ini sekadar bulan menahan diri dari makan dan dahaga. Dimana Ramadan itu tidak dilihat sebagai bulan untuk mengumpul kekuatan, baik kekuatan rohani mahupun kekuatan emosi. Kerana […]BACA LAGI

Memburu Lailatul Qadar

KAHERAH, 19 MEI – Saban tahun Isma Mesir mengadakan Kem Utaqa’ yang akan mengumpulkan seluruh ahli di bumi Mesir bersama-sama beriktikaf dan memberi sepenuh tumpuan pada ibadah di sepuluh akhir Ramadhan. Tetapi, tahun ini menjadi satu kelainan buat ahli Isma kerana mampu menghidupkan sepuluh akhir Ramadhan hanya di rumah masing-masing berikutan pandemik virus Covid-19 yang […]BACA LAGI

MEMILIH AL-QURAN SEBAGAI CARA HIDUP

Bersempena dengan peristiwa agung pada bulan Ramadan kali ini iaitu penurunan al-Quran, saya ingin berkongsi sedikit tulisan sekitar kepentingan dan cara kita berta’amul dengan al-Quran. Tentang tarikh penurunan al-Quran.seorang ulama’ Quran di Mesir, Syeikh Muhammad Abdul Azim (1367H) telah menyebut di dalam kitabnya Manaahilul ‘Irfan, bahawa para ulama’ yang tahqiq di dalam Tarikh Tasyri’ telah […]BACA LAGI

Menyambung Perjuangan Di Tanah Air

Mansurah, 10 Mei – Tepat jam 2.30 petang semalam, salah seorang ahli Isma Mansurah, Dr. Haziq bin Mohsein Shah telah selamat berlepas dengan pesawat Malaysia Airlines yang pulang Back For Good (BFG) ke tanah air. Beliau telah menamatkan sijil Sarjana Muda dalam bidang perubatan (MBBCH) di Universiti Mansoura pada bulan Januari 2020. Beliau telah banyak […]BACA LAGI

Ada Apa Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

  Virus Covid-19 menyerang kita seperti Baghdad diserang pada abad ke-12 dahulu, namun bagi seorang yang bersikap positif, dia akan mengambil setiap perkara yang berlaku sebagai peluang. Manusia seperti ini tidak akan tenggelam dengan virus kelesuan, mati kutu, aliran (trend) semasa yang melanda kebanyakan masyarakat hari ini. Mari kita singkap sedikit kisah ‘kita’ pada awal […]BACA LAGI

China, Covid-19 dan Kuasa Lunak

Dunia kini sedang mengalami satu perubahan drastik sehingga wujudnya istilah yang disebut sebagai norma baharu. Akan tetapi, di peringkat global, opportunisme tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas bagi negara adikuasa khususnya China. Pada 16 Mac 2020, telah wujud persepakatan di antara China dan Itali dengan terma “Health Silk Road (HSR)” (健康丝绸之路) yang merupakan cabang […]BACA LAGI

Mempelajari Kemanusiaan Dari Surah at-Tin

Apabila disebut kemanusiaan, kita akan terbayang orang yang menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir, memberi makanan kepada fakir miskin dan gelandangan, dan semua amalan kebajikan lain. Ya ia betul, secara zahirnya sebagaimana yang kita semua sudah terbiasa pakai, tetapi kadang wahyu, mempunyai tafsirannya yang tersendiri terhadap perkara-perkara tersebut. Contohnya dalam hadis sohih al-bukhari, apabila nabi menyebut […]BACA LAGI

Mahasiswa Mesir Disahkan Positif COVID-19

Kuala Lumpur, 1 Mei 2020 – Seramai 6 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir, yang dikuarantinkan di Hotel Golden Horses Palace telah disahkan positif COVID -19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penerbangan yang dinaiki oleh mereka adalah pada 26 April 2020. Kebanyakan daripada mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda COVID-19 yang digariskan oleh World Health […]BACA LAGI

Mesir Lanjutkan Perintah Darurat 3 Bulan Lagi

KAHERAH, 29 April 2020- Presiden Abdel Fatah El- Sisi semalam telah mengumumkan perintah darurat selama 3 bulan, bermula 28 April 2020 di seluruh Mesir. Pengisytiharan darurat ini diputuskan berikutan isu keselamatan dan kesihatan yang dihadapi negara. Kuasa penuh akan diberikan kepada presiden dan pihak tentera. Beberapa kawasan di Sinai ditutup dan larangan pergerakan dikenakan di […]BACA LAGI