Dakwah Terus Bergerak

 Dakwah Terus Bergerak


1. Alhamdulillah kita masih dipilih untuk terus bernafas di kala ramainya yang telah kembali ke rahmatullah kerana dijangkiti Covid.

2. Keadaan yang meruncing hari ni sepatutnya tidak mematikan keazaman seseorang mukmin untuk meneruskan kehidupan kerana pada hatinya ada keimanan terhadap qada’ dan qadar ilahi.

Firman Allah dalam surah Yusuf : 87
ولا تيئسوا من رو ح الله إنه لا ييئس من روح الله إلا القوم الكافرون

3. Ramai yang tidak berusaha untuk ‘survive’ menjaga kestabilan dirinya, keluarga dan masyarakat hanya beralasankan Covid menghalang diri untuk buat seperti kebiasaan lama.

Adakah relevan alasan Covid ini untuk kita memilih berpangku tangan membiarkan urusan diri kita jadi porak-peranda?

Adakah relevan alasan Covid ini untuk kita membiarkan diri lebur dalam kelalaian?

Adakah relevan alasan Covid ini untuk kita tidak mendekati masyarakat?

4. Covid bukanlah penentu dan sebab yang kuat untuk kita jadikan alasan bahawa kehidupan kita tersekat dan berubah 360°. Mungkin ada yang berubah tetapi tidak sampai mencairkan keazaman, menghilangkan arah tuju dan tenggelam dengan kelalaian individualistik.

عن أبي يحيى صهيب بن سنانٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
(عجباً لأمر المؤمن كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن، إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له)
رواه مسلم

5. Jangan terpedaya dengan keinginan nafsu dengan menjadikan Covid sebagai solekan kepada alasan kita untuk terus bermalas-malasan.

Ketahuilah Tuhan yang disembah sebelum, dan selepas musibah covid melanda tetap Tuhan yang sama.

Muhammad Firdaus Bin Fakri
Pengerusi Isma Mesir 2021

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *