Dampingilah Ulama Nescaya Kamu Akan Perolehi Manfaat

 Dampingilah Ulama Nescaya Kamu Akan Perolehi Manfaat

Begitulah rencah hidup tolibul ilmi tidak sepatutnya lekang dari menimba khazanah ilmu para gurunya.
Memahami makna disebalik ليتفقهوا في الدين memberi seribu satu azam dan himmah kepada para asatizah di bumi kinanah agar terus istiqamah menelaah kitab dan mulazamah shuyukh.

Pulangnya asatizah ke tanah air adalah untuk hazar (لعلهم يحذرون) yakni memberi peringatan dan menunjukkan kepada umat Islam dimanakah duri dan lubang di jalanan yang perlu dielakkan agar dapat selamat sampai ke destinasi syurga bersama.

Kemampuan untuk hazar ini seolah-olah tidak dapat dimiliki atau dicapai melainkan dengan malakah (ملكة)yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang terpilih hasil daripada tafaqquh yang sungguh-sungguh.

HambaNya ini menghabiskan masanya dengan talaqqi ilmu dan membina manusia agar beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Tidaklah dia mahukan melainkan inayah Allah Taala.

Pernah di dalam satu majlis ilmu, guru saya menyebut: selesainya separuh kitab ini (bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid) bermakna kamu semua sepatutnya sudah memiliki separuh malakah.

Jika tidak ia bermakna kita tidak itqan ketika menelaah. Di sinilah terserlah kepentingan murojaah dan pengulangan dalam pembacaan.

Peringatan untuk diri ini dan sahabat semua agar lazimi amalan tajdid niat dan himmah agar tenaga kita tidak habis kepada apa yang lalai, tetapi habis kepada mencari mutiara di sebalik debu di Mesir.

Wallahua’lam.

Sumber: Fb Wan Adam

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *