Jalinan Kasih

 Jalinan Kasih

Ribuan tahniah diucapkan kepada saudara Faris Al-Islam bin Mohd Zalani serta pasangannya saudari Siti Hajar binti Mohd Annuar atas kejayaan melangsungkan majlis pernikahan mereka. Pasangan pengantin ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin dan Syariah.

Keluarga kedua belah pihak berkumpul di Pulau Tawar, Jerantut bagi menyempurnakan akad nikah di kediaman pengantin perempuan pada 6 November, manakala majlis meraikan pengantin pada keesokan harinya, 7 November di Dewan Mat Kilau, Jerantut.

Suasana majlis sangat meriah dengan kehadiran 500 orang tetamu dari pelbagai negeri dan daerah terutamanya Terengganu, Kuantan, Jengka dan Temerloh.

Semoga mahligai yang terbina dilimpahi sakinah mawaddah, serta menjadi penolak amal menjadi hamba dan kader yang lebih baik.

بَاركَ اللَّهُ لكُما وَبارَكَ عَلَيكُما وجَمعَ بَينَكُما فِي الخَير

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *