Isma Mesir Seluruh Malaysia Berhimpun

1 Oktober 2020- Seluruh ahli Isma Mesir yang berada di Malaysia telah berhimpun dalam program Ijtima’ yang diadakan 2 hari lalu.
Semua ahli disarankan untuk merujuk kembali visi Isma yang digariskan sejak awal dahulu, iaitu untuk Menjadi gerakan Islam yang kuat dan berpengaruh.
Perjuangan Isma saban tahun dilihat selari dan konsisten dengan visi dan misinya, apabila memimpin suara umat Islam di Malaysia dalam mempertahankan hak, dan lantang menentang pihak yang mengganggu gugat identiti teras negara.
Walau bagaimanapun, perkumpulan yang diadakan tetap mengikut SOP yang digariskan. Isma Mesir memecahkan Ijtima’ kepada 3 zon, Utara, Pantai Timur & Tengah untuk mengelakkan jumlah padat.
Ijtima’ ini melibatkan seluruh ahli yang kini berada di Malaysia berikutan penularan wabak covid-19 yang meningkat laju di Mesir.
Ijtima’ berjalan selama satu hari, yang dihadiri juga oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Isma, diikuti dengan rehlah, menikmati kehijauan alam semula jadi.


