Menyambung Perjuangan Di Tanah Air

 Menyambung Perjuangan Di Tanah Air

Mansurah, 10 Mei – Tepat jam 2.30 petang semalam, salah seorang ahli Isma Mansurah, Dr. Haziq bin Mohsein Shah telah selamat berlepas dengan pesawat Malaysia Airlines yang pulang Back For Good (BFG) ke tanah air.
Beliau telah menamatkan sijil Sarjana Muda dalam bidang perubatan (MBBCH) di Universiti Mansoura pada bulan Januari 2020.

Beliau telah banyak menabur bakti kepada masyarakat Mansurah dengan menjadi tutor dalam kelas –kelas tambahan dan juga telah mengambil bahagian sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam pelbagai program yang dilaksanakan di bumi Mansurah. Bukan sahaja dalam bidang perubatan yang diambil, bahkan dalam dakwah beliau juga banyak berjasa dalam Isma Mansurah dengan menyandang jawatan Exco Sukan dan Perumahan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang handal dalam bidang masakan.

Beliau akan kembali ke pangkuan keluarga di Johor Bahru dan bakal berkhidmat di hospital kawasan Johor.

Diharapakan semua mahasiswa Mesir dan Mansurah khusunya dapat menjadikan kepulangan BFG beliau ini sebagai satu inspirasi dan qudwah bukan sahaja untuk melalui kehidupan sebagai pelajar di timur tengah, malah untuk membina potensi diri bersama Isma Mesir dalam pelbagai aspek sama ada ruh, jasad, dan intelek.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *