Mahasiswa Mesir Disahkan Positif COVID-19

 Mahasiswa Mesir Disahkan Positif COVID-19

Kuala Lumpur, 1 Mei 2020 – Seramai 6 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir, yang dikuarantinkan di Hotel Golden Horses Palace telah disahkan positif COVID -19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penerbangan yang dinaiki oleh mereka adalah pada 26 April 2020. Kebanyakan daripada mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda COVID-19 yang digariskan oleh World Health Organization (WHO). Pelajar yang disahkan positif itu akan dibawa dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Isma Mesir berharap agar semua mahasiswa Mesir yang masih ada di sini, sama- sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri, dan juga berdoa agar pelajar-pelajar yang dijangkiti wabak COVID-19 beransur pulih dengan segera, amin.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *