Mesir Lanjutkan Perintah Darurat 3 Bulan Lagi

 Mesir Lanjutkan Perintah Darurat 3 Bulan Lagi

KAHERAH, 29 April 2020- Presiden Abdel Fatah El- Sisi semalam telah mengumumkan perintah darurat selama 3 bulan, bermula 28 April 2020 di seluruh Mesir.

Pengisytiharan darurat ini diputuskan berikutan isu keselamatan dan kesihatan yang dihadapi negara. Kuasa penuh akan diberikan kepada presiden dan pihak tentera. Beberapa kawasan di Sinai ditutup dan larangan pergerakan dikenakan di Tel Rafah dan Arish Barat akibat ketidakstabilan yang berlaku di kawasan itu.

Darurat yang diisytiharkan  merupakan lanjutan perintah darurat yang dikeluarkan oleh Kaherah pada bulan Oktober 2019 lepas yang telah berakhir pada pertengahan Januari baru-baru ini. 

Darurat telah beberapa kali diisytiharkan bagi seluruh negara sejak April 2017 bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah penjagaan dengan lebih ketat.

Isma Mesir menyarankan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi di Mesir agar dapat meningkatkan keselamatan dan kesihatan dengan sentiasa kekal berada di rumah masing-masing.

Di samping itu, para pelajar juga dinasihatkan untuk menggunakan kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk beribadah dan memanjatkan doa agar kita diselamatkan daripada segala malapetaka.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *