Situasi Terkini Di Mesir

 Situasi Terkini Di Mesir

KAHERAH, 23 April 2020 – Melalui sidang media yang berlangsung pada hari ini, Kerajaan Republik Arab Mesir telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 9.00 malam sehingga 6.00 pagi bermula 1 Ramadan

Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Mustofa Madbouly juga berkata kerajaan menjangkakan wabak virus korona ini akan berlaku peningkatan sebanyak 200 kes dalam sehari. Tambahnya lagi, “Pihak kerajaan merancang untuk memulihkan keadaan selepas Aidilfitri dan tindakan kawalan pergerakan akan dilonggarkan.”

“Berkaitan dengan prosedur peperiksaan bagi pelajar di peringkat menengah dan universiti, kerajaan akan mengumumkannya pada pertengahan Ramadan. Apa yang pasti peperiksaan tetap akan dijalankan”. Kata Mustofa Madbouly kepada sidang media.

Selain itu, beliau juga berkata, “Premis-premis perniagaan akan dibenarkan beroperasi pada Jumaat & Sabtu akan tetapi waktu bekerja akan dikurangkan hingga jam 5 petang sepanjang 2 minggu ini.”

Isma Mesir menyarankan semua mahasiswa dan mahasiswi di Mesir agar meningkatkan keselamatan dan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan. Di samping itu, dinasihatkan kepada seluruh umat Islam untuk menggandakan amalan di bulan mulia ini. Semoga peristiwa yang berlaku tidak menjadi penghalang untuk kita merebut ganjaran pahala.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *