Pengumuman Tarikh Mula Puasa

KAHERAH, 22 April 2020- Darul Ifta’ Republik Arab Mesir mengumumkan bahawa esok hari Khamis bersamaan 30 Syaaban manakala puasa akan bermula pada hari Jumaat, bersamaan 1 Ramadan 1441H bagi seluruh kawasan di Mesir.
Isma Mesir mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua rakyat Malaysia di Perlembahan Nil. Semoga Allah s.w.t melimpahkan seribu satu rahmat kepada kita.
