Kenyataan Terkini Daripada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir

 Kenyataan Terkini Daripada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir

KAHERAH, 21 April 2020 – Kerajaan Republik Mesir telah mengadakan sidang parlimen pada 18 April lepas bagi membincangkan kaedah pelaksanaan pembelajaran dan peperiksaan bagi universiti-universiti  di seluruh Mesir. 

Perubahan ini dikuatkuasakan disebabkan Pandemik yang berlaku ketika ini iaitu Wabak COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda surut. Justeru sudah tentu ada beberapa perkara yang turut mengesani para mahasiswa yang menuntut di Mesir. 

Berikut adalah hasil keputusan perbincangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir:

1.  Silibus Pembelajaran masih lagi diteruskan sehingga 30 April 2020, akan tetapi melalui sistem ‘Online’.

2.  Kesemua peperiksaan bertulis dan lisan dibatalkan bagi pelajar-pelajar selain tahun akhir.

3.  Peperiksaan tersebut akan digantikan dengan tugasan tesis atau peperiksaan ‘Online’ bergantung kepada universiti dan fakulti masing – masing.

4.  Peperiksaan ‘Online’ atau tesis itu juga hanya menentukan samada mahasiswa itu lulus atau gagal sahaja, tiada gred keputusan.

5.  Bagi peperiksaan Laboratori dan Praktikal pula, akan ditunda kepada tahun akademik akan datang.

6.  Peperiksaan bagi pelajar tahun akhir bagi kesemua universiti, akan ditunda sehingga tarikh yang akan diberitahu nanti.

7.  Pembelajaran bagi ‘Graduate’ dan ‘Post-graduate’ akan disusun oleh pihak universiti dan fakulti berdasarkan topik-topik.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *