Isma Mesir Agih Sumbangan Kepada 27 Buah Rumah

 Isma Mesir Agih Sumbangan Kepada 27 Buah Rumah

KAHERAH, 12 April 2020 – Isma Mesir telah berjaya mengedarkan Sumbangan Khairiah kepada 27 buah rumah sekitar Kaherah pada hari ini.

Edaran ini dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Dalaman (HED) Cawangan Mesir, Ustaz Luqman Hakim Bin Mohd Annuar dibantu oleh beberapa Jawatankuasa lain di kawasan Hayyu Sabi’e dan Madinat Nasr. Edaran ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli Isma Mesir akibat perintah kawalan pergerakan.

Bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W :

“تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف”
Maksudnya : “Berilah makan dan ucapkanlah salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal”.

Sumbangan ini diberikan dalam bentuk keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain.

Sepanjang tempoh kawalan pergerakan dijalankan, Isma Mesir mengharapkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi di Mesir khususnya mematuhi perintah kawalan pergerakan ini dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi Covid 19.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *