Berita | Penangguhan Penghantaran Pelajar Pengajian Islam sesi 2020/2021 ke Mesir.

 Berita | Penangguhan Penghantaran Pelajar Pengajian Islam sesi 2020/2021 ke Mesir.

Kaherah, 30 Mac – Hasrat pelajar lepasan STAM 2019 yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir terpaksa ditangguhkan. Hal ini disebabkan, wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Demi menjaga kemaslahatan pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan bahawa penghantaran pelajar baharu lepasan stam yang layak ke Mesir dalam bidang pengajian Islam sesi 2020/2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Pemakluman ini telah disahkan melalui laman rasmi facebook “Education Malaysia Egypt”.

Boleh rujuk di pautan : https://www.facebook.com/255875881096437/posts/3362346233782704/

Di samping itu, Isma Mesir juga mengambil cakna dalam kes wabak Covid-19 yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat Mesir. Justeru itu, perlu diingatkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil khusunya ahli Isma Mesir agar mengambil langkah berhati-hati dan mengikut “SOP” yang telah ditetapkan.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *