Aktiviti | Ijtima’ Am : Dakwah perlukan masa kita.

 Aktiviti | Ijtima’ Am : Dakwah perlukan masa kita.

Mansurah, 14 Mac 2020 : “Dakwah perlukan masa kita, ummat perlukan orang yang fokus” , begitulah petikan ayat daripada wakil HED Isma Mesir, Ustaz Hikmat Esa yang menghadiri Ijtima’ Am yang diadakan oleh Isma Mesir cawangan Mansurah. Beliau telah menyampaikan sebuah ‘presentation’ yang mengupas topik tentang manusia masa kini dengan gajet.

Beliau juga menyarankan ahli Isma Mesir untuk menerapkan prinsip ‘Digital Minimalist’ dalam diri iaitu mengehadkan penggunaan gajet untuk benda penting sahaja kerana gajet akan membuatkan kita mudah terganggu dengan perkara remeh, yang akhirnya menjadi penyebab kegagalan dalam mencapai matlamat yang diimpikan

Pada masa yang sama, perasmian iFitness Mesir Cawangan Mansurah juga telah dirasmikan oleh Jawatankuasa Cawangan (JKC) ISMA Mesir, Ustaz Firdaus Fakri. Program Ijtima’ Am tersebut telah dihadiri oleh 18 orang ahli ISMA Mesir cawangan Mansurah dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada ahli baru cawangan.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *