Aktiviti | Malam Aspresiasi Isma Iskandariah.

 Aktiviti | Malam Aspresiasi Isma Iskandariah.

Iskandariah, 13 Mac 2020 – Program Malam Apresiasi Isma Iskandariah pada kali ini membawakan tema “Qudwah Memacu Dakwah” yang dijalankan di Beyt Aqsa, semalam. Program ini telah dihadiri seramai 26 orang ahli syukbah Iskandariah. Program ini bertujuan untuk meraikan ahli yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lepas dalam jurusan perubatan dan pergigian.

“Kita mahukan seorang ikhwah ataupun da’i yang bukan sahaja cemerlang dari sudut tarbiyah, bahkan juga cemerlang dari sudut akademik”. Berikut merupakan ucapan aluan oleh Ustaz Khairul Anuar, Ketua Syukbah Isma Iskandariah di Malam Apresiasi Isma Iskandariah.

Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil JawatanKuasa Cawangan Isma-Mesir, Ustaz Abdul Halim bin Ismail dan Ustaz Umar bin Mohd Anuar. Mereka telah membentangkan satu isu yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia hari ini yang bertajuk “Permasalahan Gajet yang Berlebihan”.

Di samping itu, semua ahli yang terlibat dalam slot khas ini telah menyenaraikan solusi bagi permasalah tersebut. Hal ini dapat menyedarkan mereka untuk meletakkan had dalam penggunaan gajet.

IsmaIskandariah

MalamApresiasiIskandariah

IjtimaAm

QudwahMemacuDakwah

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *