Aktiviti | Ijtima’ Am : Menanam Mas’uliyah Dalam Kalangan Ahli.

 Aktiviti | Ijtima’ Am : Menanam Mas’uliyah Dalam Kalangan Ahli.

Kaherah, 13 Mac 2020 : Isma Mesir syukbah Madinat Nasr, Hayy Sabie dan Syubro telah mengadakan Ijtima’ Am gabungan di Markaz Hayy Sabie.

Ijtima’ kali ini membawa tema mas’uliyah (tanggungjawab) terhadap diri sendiri dan masyarakat, dengan memetik kata-kata seorang tokoh dakwah, “jika terdapat segolongan mukmin yang benar imannya, ia akan menjadi asbab kejayaan.”

Program ini diserikan dengan kehadiran wakil Jawatankuasa Cawangan (JKC) Isma Mesir, Ust. Zaid Zainurrashid dan Ust. Luqman Annuar. Mereka mengenengahkan isu penggunaan gajet secara berlebihan yang terbukti memberi kesan kepada dakwah dan tarbiah.

Diharapkan semua yang hadir dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada pengisian tersebut dan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *