Aktiviti | Ahli Isma Diseru Menjadi Qudwah Masyarakat

 Aktiviti | Ahli Isma Diseru Menjadi Qudwah Masyarakat

Kaherah, 11 Mac 2020 – Hari Isma & Kecemerlangan merupakan acara tahunan yang menghimpunkan seluruh ahli dari semua cawangan Isma Mesir bagi sesi perkongsian aspirasi daripada ahli jawatankuasa cawangan, sekaligus meraikan ahli Isma Mesir yang mencapai keputusan cemerlang dalam akademik.

Pengerusi Isma Mesir, Ust. Wan Ahmad Fathin berkata, 

“Usaha dakwah kepada Islam yang sebenar terdedah dengan pelbagai cabaran, namun cabaran terbesar adalah pada diri sendiri. Sejauh mana kita mampu tinggalkan hawa nafsu dan menolak diri untuk beramal.” 

“Dakwah akan lebih berkesan apabila daie itu dijadikan contoh ikutan oleh masyarakat, sebagaimana Rasulullah Saw yang dikenali sebagai Al-Amin  dalam kalangan Quraisy sejak awal, menepati prinsip ‘Qudwah sebelum Dakwah’.” Tambah saudara Hafizuddin Hussaini selaku pengarah program.

Bertitik tolak daripada itu, Pengerusi Isma Mesir telah menggariskan 3 perkara yang perlu dicapai oleh semua ahli :

1. Berketerampilan

2. Mantap Kefahaman

3. Berakhlak

Pada masa yang sama, seramai 52 orang telah diraikan kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik, Mumtaz hingga Jayyid. Anugerah dan sijil telah disampaikan oleh En.Aizal bin Anual, Menteri Penasihat (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Majlis Hari Isma & Kecemerlangan diadakan pada 6 Mac yang lalu di Masjid Ansor, Hayyu Sabiek bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 4:30 petang. Majlis sangat meriah dengan kehadiran Pengarah EME serta puluhan ahli Isma yang lengkap berpakaian serba Melayu.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *