Berita | Selamat Beramal Di Tanah Air

 Berita | Selamat Beramal Di Tanah Air

Madinat Nasr, 4 Mac 2020 : Begitulah lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tiga hari lepas menjadi detik terakhir buat pasangan Isma Mesir Ustaz Ahmad Aqil bin Mohd Rozain dan Ustazah Nur Aqilla binti Mat Zakee di bumi anbiya’.

Ustaz Aqil merupakan graduan Syariah Islamiyah di Universiti Al-Azhar. Beliau pernah memangku tugas sebagai ketua syu’bah Isma Hayyu Sabiek, merangkap pengurus Saff Etihad, antara pasukan futsal paling berpengaruh di Mesir.

Ustazah Nur Aqilla juga seorang graduan di bidang yang sama pada tahun 2019, dan pernah berkhidmat sebagai anggota Majlis tertinggi syu’bah Isma Madinat Nasr.

Mereka telah berangkat pulang ke tanah air pada 1 Mac yang lalu. Didoakan semoga mereka terus teguh menempuhi cabaran dakwah di Malaysia, dan menjadi keluarga contoh kepada masyarakat setempat.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *