Aktiviti | Ijtima’ Am Mansurah

 Aktiviti | Ijtima’ Am Mansurah

Istad Mansurah, 10 Disember – “Tarbiah kita menekankan semua aspek; keilmuan, ibadah, akhlak, dakwah, negara, dan termasuklah sukan, inilah apa yang difahami melalui konsep kesyumulan Islam” itulah tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ust Nushirwan dalam ijtima am kali ini.

Beliau juga mengingatkan ahli agar menjadikan fasa ‘study week’ sebagai bulan Ramadan, agar kita lebih banyak beramal dan mendekatkan diri kepada Allah.

Perkumpulan bulanan Isma Mansurah ini diadakan di Istad Mansurah dan diisi dengan sukan badminton.

Dengan bertemakan kesukanan, ia bertujuan untuk mengukuhkan kembali hubungan silaturahim dikalangan ahli, disamping mengingatkan ahli supaya lebih fokus dengan persediaan peperiksaan yang bakal berlansung bulan hadapan.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *