Aktiviti | Riadhah Mingguan Isma Mansurah

4 Disember, Rabu – Riadah mingguan Isma Mansurah telah berlansung dengan meriahnya semalam.

Riadah kali ini juga turut diisi dengan tazkirah ringkas daripada Ust Muhammad Hasan, merangkap timbalan pengerusi Isma Mesir. Dalam tazkirahnya beliau mengingatkan semua mahasiswa agar sentiasa melazimi diri dengan istighfar.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, Nabi bersabda :

من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ، ومن كل ضيق مخرجا ، ورزقه من حيث لا يحتسب
Siapa yang melazimi istighfar Allah s.w.t akan membuka kepadanya segala kesusahan dengan kemudahan, dan segala kesempitan jalan keluar, dan merezekikannya dari sumber yang tak disangka”.

Riadah merupakan aktiviti mingguan yang disusun oleh Isma Mesir untuk seluruh ahlinya. Selain memupuk ukhwah antara ahli, riadah juga ditekankan dalam membentuk aspek ketahanan fizikal dan mental terutamanya bagi setiap mahasiswa.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *