Rehat Seorang Daie

Para daie yang berada atas jalan dakwah ini perlu mengetahui bahawa Jalan Dakwah ini sifatnya panjang, susah dan terdapat pelbagai halangan yang merintangi di sepanjang perjalanan. Maka menjadi lumrah dalam kehidupan seorang manusia, apabila setelah melalui satu fasa kepenatan yang sangat panjang, kesusahan yang terlalu banyak, mereka ingin menghadiahkan diri mereka dengan sedikit kerehatan di tengah perjalanan.

Namun, kerehatan ini boleh menatijahkan dua keadaaan. Yang pertama, rehat untuk mengambil nafas supaya lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Yang kedua adalah kerehatan yang membawa para daie kepada lahirnya sifat malas dan ingin terus duduk.

Fenomena inilah yang menjadikan kerisauan kepada abna-abna harakah. Kerana setelah lama berpenat, dia merasakan dirinya sudah banyak bekerja, berkorban dan beliau inginkan waktu rehat. Rehat ini akhirnya membawa beliau jauh dari jalan dakwah ini, akhirnya meninggalkan jalan dakwah ini.

Jadi bagaimana sebenarnya kerehatan bagi seorang daie itu?

Teringat saya, akan kisah Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya :

متى يجدُ العبدُ طعْمَ الراحه ؟

Bila seorang hamba dapat mengecap (waktu) istirahat? Maka beliau menjawab :

عند أول قدم يضعها في الجنة

saat pertama kali menjejakkan kakinya di syurga.

Imam As Syafi’i rahimahullah juga pernah menyatakan:

طلب الراحة في الدنيا لا يصح لأهل الــمُرُوءات، فإن أحدهم لم يزل تعبان في كل زمان

Mencari istirahat di dunia tidaklah layak bagi seorang pahlawan, karena seorang pahlawan senantiasa bekerja keras sepanjang zaman.

Imam As Syafi’i

Hakikatnya adalah kerehatan sebenar untuk para daie adalah apabila sebelah kakinya sudah berada di dalam syurga.

Tetapi adakah kita tidak boleh berehat langsung?

Jawapannya sudah tentu boleh, kerana fitrah manusia memang memerlukan kerehatan. Tetapi perlulah kerehatan ini tidak terlalu lama sehingga merasa selesa dengan kerehatan tersebut.

Sebelum kita meneruskan lebih dalam perbahasan tentang kerehatan, satu lagi persoalan yang perlu timbul adalah, Adakah kita sudah cukup berpenat di atas jalan ini? Atau kita sekadar bermain di tepian, tetapi merasakan diri kita sudah banyak berkorban?

Maka, situasi ini perlulah kita muhasabah dan melihat kembali sirah nabi dan perjuangan qudama-qudama terdahulu dalam membela agama ini. Ada yang bukan sekadar berkorban masa, tenaga dan harta malah ada yang sanggup mengorbankan nyawa untuk jalan dakwah ini.

Satu muhasabah untuk diri kita, yang akhirnya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Teringat saya akan satu ayat al-quran :

لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَة وَكُلا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیما

An Nisa : 95

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.
{An Nisa : 95}

Maka andai kita ingin mencari kedudukan yang paling dekat dengan Allah dan para Rasul-Nya di syurga nanti, maka para daie perlulah berjuang seperti mana generasi terdahulu lakukan.

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
{Al Hujurat : 12}

Dan ingatlah orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. Yang melakukan suruhan-suruhan Allah sebaik mungkin, dan meninggalkan larangan-Nya. Berjuang untuk agama Allah sehingga tertegak semula Islam di muka bumi ini.

Oleh

Ustaz Aqil Mohd Rozain

Calon Master Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *