Ke Mana “Hadaf” Pemuda Kita Harini?

Hari ini, ramai dikalangan pemuda kita yang belum berada dalam kefahaman Islam yang sebenar-benarnya. Bahkan, sebahagiannya masih belum tahu apa erti Islam dalam kehidupannya. Mereka hanya tahu Islam ini sekadar solat, puasa, zikir di dalam masjid sahaja, bukannya sebagai sistem yang memandu kita dalam kehidupan. Segala aspek yang terkandung dalam kehidupan ada pada Islam. Dari sudut ekonominya, sosialnya, politiknya dan sebagainya. Setiap aspek itu perlu dilihat melalui manhaj iaitu Al- Quran dan Sunnah.

Zaman sekarang, terlalu banyak serangan-serangan yang berlaku terhadap pemuda kita. Antaranya, serangan berbentu pemikiran, hedonisme, liberalisme, dan lain – lain lagi. Perkara ini menyebabkan pemuda-pemuda Islam khususnya hilang arah matlamat dalam kehidupan yang sebenar iaitu sebagai khalifah dan seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Kita kena sedar dan sekat akan serangan-serangan yang boleh memberi kesan kepada pemuda kita agar generasi akan datang dapat mengamalkan Islam dengan cara yang betul.

Oleh itu, Al-Quran adalah kitab hidayah yang patut kena telusuri dan fahami maknanya, yang mana mempunyai sebuah penyelesaian tentang kehidupan dari Sang Maha Pencipta.

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”
[Surah Al-Baqarah, Ayat 2]

laillahaillahu

Al-Quran mempunyai banyak panduan , petunjuk dlm kehidupan. Tidak dinafikan Al-Quran mempunyai pelbagai fakta , ilmu dan lain-lain. Tetapi, tujuan dijadikan Al-Quran ini adalah untuk memandu, memberi peringatan, penyelesaian bahkan menenangkan iman para mukmin yang memahaminya dan menghayatinya dengan sepenuh penghayatan semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T. Mari kita menelusuri ayat di bawah supaya sedar hakikat yang dibawa oleh Al- Quran.

هَٰذَا بَلَٰغٞ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُواْ بِهِۦ وَلِيَعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞ وَلِيَذَّكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰب

“(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf”.
[Surah Ibrahim, Ayat 52]

Lantas seorang pemuda kena cepat sedar dengan realiti kehidupan sekarang, perlu membimbing generasi seterusnya dengan mengikut cara pandang Al-Quran dan sunnah. Cara nak ikut kedua-duanya itu adalah melalui para ulama’ dan umara’ yang boleh membawa arus kepada perubahan diri kita dan masyarakat.

Wallahu a’lam

Amirul Hadif
Kuliah Lughah,
Universiti Al-Azhar

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *