AKTIVITI | IJTIMA’ AM : FAMILY DAY ISMA Madinat Nasr ’19

Madinat Nasr, 27 Oktober – “Berseronoklah kita bukannya atas dasar duniawi semata-mata bahkan atas dasar aqidah dan agenda Islam itu sendiri” itulah sedikit kalam penutup majlis dari Ust Rasydan Norizan Ketua Syukbah Isma Madinat Nasr di Ijtima’ Am Isma Madinet Nasr di Hadiqah Tifl, Makram Ebeid.

Beliau juga sempat meningatkan ahli Isma Madinat Nasr bahawa kehidupan kita perlu letakkan agenda yang besar termasuklah dalam Ijtima’ Am pada kali ini. “Perkumpulan kita ini bukanlah semata-mata untuk berseronok dan bersuka ria tanpa ada perkara yang mengesani dalam diri setiap ikhwah, tetapi hendaklah kita faham bahawa kebersamaan yang kita nak terapkan adalah kebersamaan dalam membawa dan mempertahankan agenda Islam sepertimana yang kita lihat pada harini Islam itu diinjak-injak”, kata beliau.

Ijtima’ Am pada kalini terdapat sedikit kelainan, dengan menggunakan konsep “Family Day” dan telah disusun dengan beberapa aktiviti bagi memeriahkan program tersebut.

Objektif pada kalini adalah merapatkan ukhuwwah serta menghilangkan jurang-jurang diantara ikhwah Isma Madinat Nasr dan membina zikroyat dalam kalangan ahli Isma Madinat Nasr.

Antara aktivitinya adalah Pangkah Betul, Banyak Akal dan yang paling ditunggu-tunggu oleh ahli Isma MN adalah Tarik Tali. Bagi aktiviti-aktiviti tersebut terdapat objektif yang tersendiri, antaranya membina keyakinan diri setiap ikhwah dalam melontarkan idea yang bernas juga kritis dan memastikan ahli Isma MN terus cakna dengan keadaan sekeliling.

Sebelum mengakhiri Ijtima’ Am Oktober semalam, Ust Fikri mengingatkan semula tema program yang dipetik dari surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Program pada kalini sangat meriah dan dihadiri seluruh ahli Isma Madinat Nasr. Bermulanya Ijtima’ Am semalam dengan solat Asar berjemaah dan berakhirnya selepas solat Isya’.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *