Tarbiyah Ilahiyah

Marilah kita kembali melihat neraca daie kepada sudut pandang generasi awal dalam mendapatkan keaslian tarbiah ilahiyah secara lansung, ia merupakan satu neraca yang sudah makin menghakis dalam diri para daie pada pengakhiran zaman ini.

Neraca tarbiah ini akan melahirkan kembali daie yang mempunyai kebolehan dalam memandang sudut yang lebih jauh dalam mengembalikan umat yang kering kontang dengan jiwa nafsu kering, yakni jiwa kehidupan selepas alam dunia. Maka ia seolah-olah melakukan kerja dakwah tanpa merasakan kepenatan dan kebosanan, malah lebih bekerja keras dalam setiap pergerakan amal yang dilakukan kerana ia melihat bahawa Allah yang memberikan segala kepenatan, kesusahan dan kekecewaan dalam membawa bebanan risalah dakwah ini.

Neraca tarbiah ini tidak akan sesekali menjatuhkan jiwa para daie ke dalam kefuturan kerana ia melihat segala ujian mahupun nikmat yang diberikan dalam membawa risalah dakwah ini datang nya daripada Allah. Maka disini para daie mengembalikan segala perkara ini kepada tuannya yang asal, dengan kembali meletakkan dahi ke tanah, mula membasahi lidah dan memandang kembali penciptaan yang ada disekeliling nya.

Neraca tarbiah ini menghilangkan rasa kesenangan, kemewahan, keseronokan dunia dan ia mula bertukar dengan linangan air mata melihat manusia yang terlalu ghairah dengan kenikmatan kecanggihan teknologi yang makin melangit, bahkan kenikmatan ini telah pun menidurkan sebahagian dunia ini dengan agenda sebenar manusia ini diciptakan oleh tuhannya. Oleh itu, tarbiah keaslian para daie seakan-akan kegembiraan dan keseronokan bagi nya adalah linangan air mata yang tidak pernah berhenti demi risalah dakwah ini.

Akhirnya, neraca tarbiah ilahiyah membawa diri para daie merasakan tanggungjawab dan “common sense” yang berlaku disekeliling nya, dan ianya merasakan berhak dalam memacukan risalah dakwah dalam segala sudut. Yakni tanpa persoalan, satu arahan, amalan penangguhan dan lainnya lagi, melainkan dengan hanya tolakan neraca tarbiah ilahiyah. Oleh itu, dengan neraca tarbiah inilah generasi awal berkembang dengan membawa bebenan risalah dakwah dan ia terus menerus membawa arus perlawanan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab, ayat 23:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا

Maksudnya : Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikanya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menungu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Miqdad bin Fadzlan Shahidi,

Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *