BERITA | Anak kelahiran Johor Bahru berjaya bergelar doktor pergigian

Tanta, 21 Oktober – Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma-Mesir) cawangan Tanta, Dr Abdul Rauf Bin Badrul Hisham yang telah diraikan di Majlis Konvokesyen Pergigian Tanta kali ke-5 semalam.

Beliau telah berjaya merangkul sehelai Ijazah Sarjana Muda Pergigian, “Bachelor of Dental Medicine and Surgery” (BDMS), Universiti Tanta Mesir.

Majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia Mesir ini bertempat di Pusat Konvensyen Universiti Tanta bagi meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut. Pada majlis ini, seramai 40 graduan Malaysia telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pergigian Universiti Tanta.

ISMA Mesir berharap agar kejayaan ahli ISMA-Tanta ini mampu menjadi pemangkin semangat untuk seluruh ahli ISMA Mesir supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran disamping mampu mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek sebelum pulang ke tanah air.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *