TAMAR | Belajar Bahasa Arab Mesir, dapat sambutan mahasiswa Mansourah

MANSURAH, 16 OKT 2019 – Kelas Tutorial Ammiyah Masriah (TAMAR) telah diadakan di Masjid Samanoudy, Mansurah oleh Isma Mansourah bagi memberi pendedahan tentang kemahiran asas bahasa arab pasar serta meningkatkan skil komunikasi peserta.

Program ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai hampir 40 peserta ikhwah dan akhwat terdiri dari pelajar perubatan tahun pertama.

Terdapat dua slot yang dibentangkan dalam kelas semalam, slot pertama oleh Dr Aqeff Afefe pelajar tahun 5 perubatan, menerangkan tentang konsep dan kaedah-kaedah asas dalam percakapan dialek Mesir.

Manakala slot kedua pula disampaikan oleh Ust Irfan pelajar tahun 3 Universiti Al Azhar bagi meningkatkan kemahiran asas berkomunikasi.

Kelas Tutorial Ammiyah Masriah merupakan program tahunan ISMA- Mesir setiap cawangan khusus bagi pelajar baru tahun pertama di Mesir bagi membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi menggunakan dialek Mesir dengan penduduk tempatan.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *